Jumaat, 25 Disember 2009

VT..???!!???

Salam 1 Malaysia...
Hari ini Aqma ingin cuba luangkan sedikit perkongsian tentang 'sesuatu' dengan para pengikut blog ini. Emm..tentang apa ek? 3 minggu yang lalu semasa Aqma berada di USM Aqma terpandang satu buku yang bertajuk 'VT'...emm..macam best jek..Haida mencadangkan supaya Aqma membaca buku tersebut. Haida cakap isi kandungan buku tu sangat bermotivasi...eh!betul ke ayat nih...Dengan tidak berfikir panjang Aqma pun belilah buku tersebut dengan harga RM 25.00. Beria-ia haida mengatakan bahawa buku itu sangat seronok dibaca.
 
 
 
'VT' adalah sebuah novel remaja hasil tulisan Hilal Asyraf penulis muda yang berasal dari JOhor. VT merupakan karya yang sangat unik dan sangat memberi kesan pada sesiapa yang membaca. Novel yang menggalas misi, yang menyuntik nilai islam dan menjanjikan kepuasan yang seimbang dari segi jalan cerita, moral cerita dan motivasi kepada sesiapa yang membacanya. Aqma taknak ceritalah jalan cerita dia. Nanti tak syok plak. Rasanya novel ni dah lama dah di pasaran. Cuma Aqma yang agak ketinggalan. Apapun novel ni sangat membuka mata Aqma untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang Aqma impikan. Mudah-mudahan apa yang diimpikan akan jadi kenyataan. InsyaAllah. Sampai jumpa kembali...

Isnin, 7 Disember 2009

kelas Intensif telah bermula.....

Salam buat semua. Cuti sekolah telah lama bermula. Aqma pun dah mula masuk kelas kat USM. Pertama kali masuk intensive class sangat teruja dan penat tuh! Bayangkan terpaksa berjalan kaki dalam USM ni hari-hari. Nak gi periksa jauhnye. Tapi dapatlah merasa camne berulang-alik gi kelaS cam budak2 full time. Sekarang nih Aqma masih berada di USM, berada di sini selama 3 minggu. Seminggu telah berlalu dan dua peperiksaan telah dilalui. Kelas juga dah attend. Seluruh pelusuk penang pun aqma dah jelajah. Ada kamal, adi & Haida memang menghiburkan. Tambah jumpa kawan-kawan yang sekepala lain. Dapat jumpe kawan masa sekolah lama. Sangat seronok. Belajar pun tak tension. Mudah2an aqma dapat belajar dengan baik. Tadi dah lepas ORAL English..Dah boleh relaks sikit & fikir perkara lain. Rabu ni exam Kimia so, pasni kena start to do revision. Doakan aqma dapat jawab periksa ek kawan-kawan..hehehe..Ada dua minggu lagi. Ramai yang dah mula demam & sakit. Termasuk roommate, kesian kat diorang. Mudah2an diorang cepat sembuh dan dapat menjalani kelas dengan baik. Oklah cukup sampai disini. Nantikan entry seterusnya. Banyak lagi nih nak cerita. Emmm...ape cerita agaknya anak-anak didik Cg. Aqma ek...ngah buat ape agaknya sekarang??

Isnin, 23 November 2009

UPSR 2009....

Salam 1 Malaysia...
 
Pertama sekali Cg. Aqma nak ucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan anak2 didik di seluruh Malaysia tak kira dimana sahaja. Hari ini Cg. Aqma ingin berkongsi kegembiraan warga SKR dimana baru-baru ini telah diumumkan keputusan UPSR 2009.
 
Guess what?? Alhamdulillah berkat usaha guru-guru SKR, anak2 didik SKR 9 orang daripada 25 orang telah mendapat 5A dan 1 orang mendapat 4A 1B. Satu keputusan yang cukup memeranjatkan bagi semua warga SKR. Airmata mengalir tanda betapa puas dan gembiranya guru-guru yang mendidik mereka. Satu lagi berita yang sangat menggembirakan adalah bagi matapelajaran Sains dan Matematik adalah lulus 100%. Syukur kehadrat illahi segalanya usaha Cg. Afzan, Cg. Aishah, Cg. Shah dan Cg. Norlida membuahkan hasil. Cg. Aqma juga tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Walaupun cg. Aqma tak mengajar mereka di dalam kelas tapi Cg. aqma banyak bersama mereka dalam setiap aktiviti KOKO.
 
 
 
p/s : Tahniah buat syafiq, iman, safiuddin dan reza yang telah berjaya mendapat 5A..
anak-anak SKR yang sentiasa mencuit hati cg. aqma dengan kenakalan dan sangat manja.. 
 
Mereka memang anak-anak yang pintar, kreatif dan sangat ceria. Syukur sangat. MUdah2an segala cita-cita mereka akan tercapai dan mereka akan menjadi salah seorang tokoh negara satu hari nanti. Insyaallah. Sedih sangat bila terpaksa berpisah dengan mereka. Sesungguhnya mereka adalah anak-anak yang baik, ceria, kelakar dan sentiasa menghiburkan.
 
wajah-wajah anak2 SKR selepas keputusan keluar.. 
 
Hari ini mereka menjalani satu lagi peperiksaan Sijil Darjah Enam untuk sekolah Agama Negeri Johor. Cg. Aqma doakan semoga mereka akan berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Kepada semua yang telah mendapat keputusan UPSR janganlah bersedih jika tidak dapat keputusan yang memuaskan. Berusaha bersungguh lagi kerana masih jauh lagi perjalanan yang harus kamu semua tempuh.
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya juga cikgu-cikgu yang telah mengajar mereka.
 
Selamat Berjaya....

Ahad, 15 November 2009

Lawatan ke Langkawi..

Salam buat semua..lama rasanya tak mencoretkan sesuatu pada blog ni. Kali ni Cg. Aqma nak coretkan sesuatu buat tatapan semua terutama khas buat anak-anak SKR. Sebenarnya Cg. Aqma baru saje balik dari Langkawi bawak anak-anak SKR lawatan sambil belajar. Tahun ni agak jauh perjalanannya. Pelbagai halangan terpaksa Cg. Aqma tempuh untuk laksanakan program ini dan akhirnya segala impian anak-anak SKR untuk menjejakkan kaki ke langkawi menjadi kenyataan.
 
Perjalanan bermula pada pukul 6 petang 11 November 2009 dari SKR dan tiba di Kuala Perlis pada jam 5.00 pagi. Kami berhenti rehat mandi dan solat subuh di Mesjid Jamek Kuala Perlis dan akan menaiki feri pada jam 8.00 pagi. Alhamdulillah cuaca di langkawi cukup baik. Jadi seawal jam 10 pagi kitorang dah mulakan perjalanan pertama ke Kilang memproses minyak gamat dan seterusnya ke Makam Mahsuri. Perjalanan seterusnya ke Beras terbakar. Kat sana dapatlah Cg. Aqma beli sedikit buah tangan buat bonda.
 
Pada sebelah petang pulak kitorang ke Cable Car Station untuk menaiki kereta kabel...Hahahaha..pengalaman yang sangat melucukan...kesian cg. aqma lihat anak-anak SKR yang ada sebahagiannya takut...dan sanggup tak turun sebab terlalu takut..Cg. Afzan lah yang terpaksa menjaga...Tapi yang lain walaupun takut tetap bersemangat bila melihat pemandangan pulau langkawi yang sangat cantik. Teruja rasanya. Mujur ada abg ajak yang sanggup melayan kerenah anak-anak SKR.
 apasal muka monyok jek..penatlah tu...
Seterusnya perjalanan diteruskan ke tempat membeli belah Idaman suri. Sape2 yang nak shopping di langkawi boleh lah membeli belah di Idaman suri ni...Idaman suri menawarkan harga yang sangat berpatutan. Mujur 1 malam saje berada di Langkawi, rasanya kalau 3 hari di langkawi penuh 1 feri barang Cg. Aqma..hahahaha...
 
Keesokan harinya rombongan kami bertolak balik ke tanah besar dan menaiki feri pada jam 10 pg. Tak puas rasanya berjalan kat langkawi nih..Rasa taknak balik. Takpelah lain kali leh pergi lagi...hehehhe...Rombongan kami selamat tiba di Pontian tepat jam 11.45 malam. Terpancar di wajah anak-anak SKR yang cukup gembira dapat pergi ke langkawi. Insyaallah tahun depan Cg. Aqma merancang untuk bawa anak-anak SKR ke tempat yang lebih menarik lagi. So, anak-anak SKR kenalah simpan duit dari awal tahun.  

Ahad, 18 Oktober 2009

Program P1NCH???!!

Salam buat semua..Lama rasanya tak update blog. Agak sibuk sekarang ni. Tapi apepun Aqma cuba luangkan masa untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua. Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi. 14 dan 15 Oktober lalu Aqma dan semua guru-guru pemulihan Khas daerah pontian dipanggil untuk diberikan taklimat tentang program P1NCH yang dikendalikan oleh JPN. Sebelum kami, semua GPK-GPK 1, guru KIA juga dipanggil untuk taklimat tersebut. Tentu semua nak tahu apa dia P1NCH tu kan?

P - Program   1 - 100   N - Persen   C - Celik    H - Huruf
 
 
 
Objektif program ini adalah untuk membasmi masalah pelajar yang tidak menguasai 3M. Selain dari itu juga ia adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian dalam akademik. Program ini melibatkan murid KIA, Pemulihan Khas dan PROTIM. Pelbagai rangka kerja dibuat bagi merealisasikan objektif JPN iaitu 100% celik huruf. Walaubagaimanapun diharap program ini dapat membantu murid-murid yang mengalami masalah 3M dan juga dapat membantu guru-guru pemulihan untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Lepas ni ada kerja sudah menanti. Sama-samalah kita memikul tanggungjawab yang telah diberikan ini. Sekarang ni cikgu Aqma sedang merangka kerja untuk program ini. Banyak juga yang harus diubah..huhhuhu...Masa itu emas...Jumpe lagi...

Isnin, 28 September 2009

9 hari telah berlalu...

9 hari telah berlalu...rasanya masih belum terlambat untuk aqma ucapkan Selamat Hari Raya buat semua keluarga, sahabat2 dan sesiapa sahaja yang mengenali aqma. Aqma minta ampun dan maaf atas segala salah dan silap selama ni. Mudah2an di hari baik bulan baik ini segala doa dan impian aqma akan dimakbulkan...InsyaAllah..Sekali lagi Salam Lebaran..Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir dan batin...ikhlas daripada Aqma...
 
 

Selasa, 15 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Kelana Negeri Johor 2009

Majlis Berbuka Puasa
Kelana Negeri Johor 2009
...................................................................... 
Tarikh : 16 September 2009
Hari : Rabu
Masa : 6.00 petang 
Tempat : SK Jaya Mulia, Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian, Johor
........................................................................................................
Tentatif Program
* Ucapan Aluan
* Berbuka Puasa
* Solat Maghrib Berjemaah
 .......................................................................
Pelan Ke SK Jaya Mulia
 
..............................................................................................................
Kad Jemputan
 
 

Ahad, 16 Ogos 2009

Got fever & cough!!!

Uih...15 & 16 aqma ada sidang video kedua untuk hadiri. Pagi lagi dah turun sebab Jawad minta ajar Basic Maths. Haida plak on the way pagi tu. Entah nape petang dah rasa semacam lepas ajar Jawad. Rasa badan seram sejuk. Balik dari kelas tak tunggu sampai rumah terus pi klinik berhampiran rumah. Demam...alamak!!..Kena RM40??Huhuhu...xpelah..nak wat camne..tapi yang geram doktor check tak sampai 3 minit. Huh!!..xpelah nak wat camne kan...Balik tu terus makan ubat dan terus tidor...Malam badan makin panas. Macammane nak pi kelas esok? Teringat buku perpustakaan belum pulang. Gagahkan jua pergi. Sampai SMK Desa Skudai aqma dah tak hirau keadaan sekeliling terus masuk library pulang buku. Rupa2nya haida panggil tapi tak dengar. Lalu kat kelas sidang video entah kenapa tergerak nak masuk. Sayang pulak tak dengar lecture. Dengar gaklah..5 hari demam, risau teramat sangat takut sebab dengan wabak yang ada sekarang. Syukur takde pape, tapi semua kerja takleh buat. Batuk masih tak baik lagi. Terima jelah. Mudah2an cepat sembuh.

Selasa, 11 Ogos 2009

Kembara Seni & Warisan Sejarah Pulau Pisang..

Salam perpaduan..Agak lama rasanya tak mencoretkan sesuatu pada blog ni. Sekarang ni sibuk sikit dengan macam2 kerja. Tapi itu semua kan lumrah sebagai orang yang bekerja. Walau sesibuk mana sekalipun Tuhan anugerahkan masa 24 jam untuk kita uruskan dengan sebaik2nya. Jadi kenalah pandai2 bahagikan masa betul2 ye tak?
 
 Ajak diberi penghormatan untuk menjadi komanden....
 
Bergambar bersama YB Hj. Ahmad B. Hj. Maslan... 
Baiklah, sebenarnya disini Aqma ingin berkongsi satu pengalaman yang cukup menarik dan paling indah yang terjadi baru2 ni. Tanggal 09.08.2009, Ahad merupakan detik yang amat bersejarah pada diri Aqma dan rakan2 Kelana kerana diberi peluang untuk mengikuti Kembara Seni & Warisan Sejarah Pulau Pisang anjuran Pejabat Ahli Parlimen Pontian, Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Pontian. Persatuan Penulis Negeri Johor, Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Selatan dan Kerajaan Negeri Johor ke Pulau Pisang pulau yang terletak di perairan Pontian, perairan Selat Melaka.
 
together 4 eva & eva.... 

 Babai Alam...Amy mane??? Dok belakang tak nampak..hehehe.
Sebenarnya Aqma sendiri dah menyimpan lama hasrat untuk pergi ke Pulau Pisang. Hasrat dan impian menjadi kenyataan bila sahabat Aqma, Razak menawarkan untuk pergi ke pulau Pisang. Dikesempatan ini Aqma nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Razak dan Tn. Hj Khairi yang memberi peluang kepada kami untuk pergi ke Pulau yang hanya dapat dilihat dr jauh dr pinggiran laut Pontian. Kami diberi penghormatan untuk mengiring kumpulan penulis-penulis Johor dengan tujuan kesana membangkitkan usul dan resolusi yang berkaitan dengan Pulau Pisang. Satu penghormatan buat kami apabila dipilih ke sana membawa simulasi 'Panji-panji' dan menjaga keselamatan ahli kumpulan kembara. Lebih kurang 70 orang yang menyertai kembara ini yang bermula di jeti Wak Sehan, sg. Benut, Pontian. Pukul 8.15 pagi YB Hj Ahmad B. Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tiba bersama isteri untuk merasmikan Kembara tersebut.
 
hehehe..ajak berdiri cam pokok....hehehe 
 
Babai zaki.... 
Peluang hanya datang sekali, kalau ada lagi, lagilah seronok. Perasaan takut, bimbang, gementar...semua adalah. Bukan tak pernah pergi ke pulau tapi mungkin disebabkan pengembaraan kali ni menaiki bot nelayan agak mencabar, dapatlah menjiwai perasaan bagaimana menjadi seorang nelayan. Perjalanan ke Pulau Pisang mengambil masa lebih kurang 1 Jam 40 minit bermula dari Jeti Wak Sehan. Syukur keadaan cuaca pada masa tu amat baik. 3 bot nelayan dan satu bot laju dinaiki oleh peserta kembara. Pada awal perjalanan, satu bot yang dinaiki oleh wakil kelana iaitu Zaki rosak. Jadi sebahagian mereka dipindahkan ke dua bot nelayan. Kami hanya dapat berhubung dengan menggunakan 'walkie talkie'.
 
Ajax's.. 
 
Kaum wanita bersama isteri YB berga,b'gmbr sblm bertolak ke Pulau Pisang... 
Kami tiba lebih kurang jam 10.30 pagi. Selepas berehat, kami memulakan dengan aktiviti gotong-royong mengumpulkan botol-botol. Satu penerangan ringkas oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar tentang kesan pencemaran sampah2 dan botol-botol yang ada di sekitar kawasan pulau ini. Pada pukul 2 petang aktiviti diteruskan dengan mendaki ke puncak yang menempatkan Rumah Api. Mengikut cerita, walaupun Pulau Pisang terletak dalam perairan Malaysia, rumah api di pulau itu diuruskan oleh Singapura mengikut perjanjian antara Sultan Ibrahim dan kerajaan British pada 1900. Rumah api tersebut terletak kira-kira pada ketinggian 773m. Aqma dan rakan-rakan Kelana mengambil peluang yang ada untuk menjejakkan kaki ke Rumah Api tersebut. Alang-alang biarlah sampai ke atas kan. Sepanjang perjalanan ke Rumah Api tersebut Aqma dapat lihat hutan-hutan disini sebenarnya dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Cuma pada masa kami datang tu dah tak musim. Tapi dapatlah juga kami merasa buah mangga, jambu batu dan kedondong yang sangat enak. Itulah rezeki namanya. Buah-buhan kat sini semuanya manis, cantik isinya dan tak berulat walaupun dah jatuh ke tanah lama. Tak hairanlah kalau musim buah pemilik dusun akan mengambil buah-buahan di pulau ini dan dijual di bandar Pontian dengan harga yang agak tinggilah...hehehe..Tapi isi memang cantik dan manis...
 
Inilah Rumah Api..Pulau Pisang 
 
Depan Rumah Api... 

Terdapat juga lebih 70 kubur lama yang kami ada di kawasan tersebut. Kubur tersebut merupakan kubur penduduk yang tinggal disini dan meninggal dunia di Pulau Pisang. Dahulu Pulau pisang ni ada penempatan kecil, tetapi dipindahkan ke tanah besar iaitu Pontian satu ketika dahulu atas seba-sebab tertentu.
 
Sebahagian tapak kubur lama yang masih kekal... 
 
Akhirnya tercapai impian Aqma untuk menjejakkan kaki ke pulau pisang. Bila duduk di tepi Pantai Pontian memang dapat lihat Pulau Pisang, tapi orang kata kat sana takda orang..banyak batu...Tapi kelmarin, tanggal 09.08.2009 Aqma dah berjaya menjejakkan kaki ke pulau pisang..Seronok sangat-sangat....Sebagai anak jati Pontian, (walaupun lahir kat batu pahat) aqma rasa bangga kerana dibesarkan disini, di tempat yang tidak kurang hebatnya, tempat yang penuh keindahan alam ciptaan Tuhan dan selain itu juga Pulau Pisang yang terletak di perairan pontian yang perlu dipertahankan agar tidak jatuh ke tangan pihak lain. Pengembaraan kali ini cukup meninggalkan kesan yang amat manis dan bersejarah buat kami berenam..6 sekawan yang terpilih untuk ke Pulau Pisang...Ajak, Helmy, Alam, Zaki, Kak Noti & sayalah Aqma...Jangan sedih pada kawan2 yang tak dapat pergi..ada peluang kita pergi k...Lan dah offer nak pi..so, kenalah kumpul duit beli diesel..hehehe....Oklah..kepada kawan-kawan..Sempena bulan kemerdekaan ni sama-samalah kita bangkit dgn semangat yang lebih tinggi, berganding bahu demi kedaulatan Agama, Bangsa dan juga Tanahair kita.... '1 malaysia'.....
 
Alam, Kak Noti, aku, Ajak, Hj. Khairi, Zaki, Helmy, Kak sape ek..lupe..dan Isteri hj Khairi...
"Kami nak balik dah.... "

Sempat pose muka ngah letih tapi tetap ceria..huhuhu kat homestay Parit Pinang, Benut..Pas balik dr Pulau Pisang..Malamnya pulak ada Malam Pusi tentang Pulau Pisang dan penyerahan Resolusi Pulau Pisang kepada YB Hj. Ahmad B. Hj. Maslan untuk dibentangkan di Parlimen nanti....
WARISAN 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Rabu, 29 Julai 2009

Sidang Video Pertama...

Salam...Sabtu & Ahad yang lalu aqma dah mula attend class PJJ, sidang video pertama. Pengalaman menghadiri sidang video pertama cukup melucukan. Mujur ada Haida xdalah takut sangat. Kelas pertama ialah Antropologi & Sosiologi. Mungkin ada yang tak tau ape benda alah tajuk yang aqma dok cerita ni. Subjek yang aku ambil ni sebenarnya ialah subjek minor. Subjek ini berkaitan dengan Sosial manusia yang sentiasa berubah. Senang cerita banyak kepada pemikiran dan perubahan tingkahlaku masyarakat. Subjek ni sangat menyeronokkan walaupun pada mulanya 'blank' gak. Lepas habis kelas pukul 9 aku ajak Haida tengok wayang sesambil nak cari bahan rujukan kat Harriss Jusco Tebrau. Tak tahan nak gelak tengok cerita 'Jangan Pandang Belakang Congkak'. Maaf buat Lan & Ajak tak dpt nak contact sbb handphone tggl lah..huhuhu...Nak tengok transformer dan sold out hari tu..Sabo Jelah. Hehehe..itu sampingan kepada kegiatan kami selepas attend class. Tujuannya nak cari buku jek. Huhuhuuhu...
Hari kedua kelas lain pulak ceritanya. Dari pagi sampai kul 7 malam kitorang ade kelas. Penat say..Ramai yang tak hadir kelas. Dapat lagi wat koleksi kawan2 baru. Mase free dok bincang soalan calculus ngan Mahazhir. Ade gak geng. Si Kamal jauh pulak kat Melaka. Tanpa disangka2 si Kamal massage bagitau nak turun JB...Hahaha...Sabo jelah..takde geng punya pasal sanggup turun jb budak tu. mujur tak jauh. Kamal sampai jek..gempak satu kelas..Budak bertuah tu..memang tau. Apepun yang penting bila ada kengkawan semangat nak belajar tu ade, dan yang paling penting boleh berbincang mana yang tak faham. Ade yang pakar Maths, ade yang pakar fizik, pakar Biologi..dan masing-masing ade kepakaran masing2. Sidang video pertama habis dah semalam. Sekarang ni tengah duk ngadap assingment yang dah bertimbun. Bulan 8 baru jumpe sidang video kedua. Walauapapun kepada semua pelajar PJJ USM ambilan 2009/2010 belajar bersungguh2, usaha sungguh...dan sama2lah kita memerah otak..huhuhu...

Khamis, 23 Julai 2009

Gordang Sambilan

Salam buat semua yang setia membaca setiap entry yang ada dalam Kisahkaseh ni. Entry kali ni aqma nak ceritakan sedikit tentang salah satu alat muzik yang lahir dan popular di Negeri Selangor. Rasanya masih tak ramai yang tahu tentang alat muzik tersebut. Alat muzik ini dinamakan Gordang Sambilan. Lazimnya Gordang Sambilan dimainkan oleh sepuluh orang, alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang selain alatan sampingan seperti Gong, Cak Lempong, Sesayak dan Seruling. Kalau nak tau Cikgu Aqma ni pun salah seorang pemain alat Muzik Gordang Sambilan semasa di maktab dulu. Aqma bermain Cak Lempong. Di Maktab Aqma terlibat dengan persatuan Muzik Warisan di bawah bimbingan En Mohd. Sharifudin Yusof dan Pn. Norizah Abd Karim.Kebiasaanya kami bermain pada majlis-majlis rasmi samada dalam maktab atau majlis-majlis tertentu luar maktab. Satu pengalaman yang mungkin tidak ada pada orang lain tapi ada pada aqma dan kawan-kawan yang sama-sama bermain alat muzik ini. Unik sangat.
Gordang Sambilan sebenarnya adalah warisan budaya masyarakat Mandailing dan tidak ada duanya dalam budaya etnis lainnya di Indonesia. dan Malaysia. Gordang Sambilan diakui oleh ahli/pakar etnomusikologi sebagai satu ensembel muzik yang teristimewa di dunia. Bagi orang Mandailing terutama di masa lalu, Gordang Sambilan merupakan musik adat sakral (kudus) yang terpenting. Gordang Sambilan dipandang sakral karena dipercayai mempunyai kekuatan gaib memanggil roh nenek moyang untuk memberi pertolongan melalui medium atau shaman yang di namakan Sibaso.
mase ni tak dapat pergi...uwaaa...Najib jek dapat pi..
Oleh karena itu, pada masa lalu, di setiap kerajaan otonom yang banyak terdapat di Mandailing harus ada satu ensambel Gordang Sambilan. Alat musik sakral itu di tempatkan di Sopo Godang (Balai Sidang Adat dan Pemerintahan Kerajaan) atau di satu bangunan khusus untuknya yang dinamakan Sopo Gordang yang terletak dekat Bagas Godang (kediaman raja). Gordang Sambilan hanya digunakan untuk upacara adat dan perayaan Hari Raya Idul Fitri.
Persembahan sempena Sayembara Puisi IPT kat IBMM...
Instrumen Gordang Sambilan 

Gordang Sambilan terdiri dari sembilan buah gendang dengan ukuran yang relatif sangat besar dan panjang. Ukuran besar dan panjangnya kesembilan gendang tersebut bertingkat, mulai dari yang paling besar sampai pada yang paling kecil. Tabung resonator Gordang Sambilan terbuat dari kayu yang dilumbangi dan salah satu ujung lobangnya (bagian kepalanya) ditutup dengan membran yang terbuat dari kulit lembu yang ditegangkan dengan rotan sebagai alat pengikatnya.
Untuk membunyikan Gordang Sambilan digunakan kayu pemukul.
nilah geng-geng Muzik warisan Zura, linda, kak yati...
Masing-masing gendang dalam ensambel Gordang Sambilan mempunyai nama sendiri. Namanya tidak sama di semua tempat di seluruh Madailing. Karena masyarakat Madailing yang hidup dengan tradisi adat yang demokratis punya kebebasan untuk berbeda.
Instrumen musik tradisional Gordang Sambilan dilengkapi dengan dua buah ogung (gong) besar Yang paling besar dinamakan ogung boru-boru (gong betina) dan yang lebih kecil dinamakan ogung jantan (gong jantan), satu gong yang lebih kecil yang dinamakan doal dan tiga gong lebih kecil lagi yang dinamakan salempong atau mong-mongan. Gordang Sambilan juga dilengkapi dengan alat tiup terbuat dari bambu yang dinamakan sarune atau saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat.
Staf IBMM yang bermain Gordang Sembilan Abg Nazim, Abg Mail, Abg razak takde plak, pakcik sahak...
Diharap kepada semua yang membaca dapatlah sedikit maklumat tentang apa yang dikatakan Gordang Sambilan itu. Dikesempatan ini aqma nak ucapkan terima kasih kepada warga Institut Bahasa Melayu Malaysia (kini Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia) yang memperkenalkan seni warisan yang amat unik ini kepada kami. Aqma rasa bertuah kerana dapat merasai menghayati dan terlibat bermain alat muzik ini. Teringat pada pensyarah dan staff IBMM yang sentiasa memeri peluang kepada kami untuk keluar membuat persembahan. Rindu sangat nak bermain alat muzik ini. semoga satu hari nanti aqma dan kawan2 akan diberi peluang semula untuk bermain alat muzik ini. Kepada kawan-kawan semoga info ini amat berguna kepada semua. Sekian....

Khamis, 16 Julai 2009

Kem '1' Malaysia....

Salam buat semua. Dah 5 hari tak buka tenet...Maklumlah sejak-sejak ni busy sesangat. Huhuhu...Entry kali ni aqma nak ceritakan pengalaman menyertai Kem '1' Malaysia baru-baru ini. Seperti yang semua sedia maklum Kempen 1 Malaysia telah dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kem 1 Malaysia merupakan salah satu program yang dirancang untuk One Malaysia ni. Daerah Pontian menjadi daerah pertama di negeri Johor dan di Malaysia yang telah berjaya melaksanakan program Kem 1 Malaysia ni.
Para peserta sedang memasang khemah...
 Macam-macam aktiviti yang dijalankan. Aqma bawa budak seramai 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Sebenarnya program ni banyak mengetengahkan tentang perpaduan kaum di Malaysia ni. Aktiviti memang menyeronokkan. Kem ni dilaksanakan di pusat Kokurikulum Johor bahru selama 4 hari. Tengok jelah gambar-gambar yang sempat aqma rakamkan. Banyak lagi sebenarnya tapi kena mintak kat kwn2lah jawabnya. Hehehehe...
aktiviti air yang peserta sertai...Cg. Aqma pun tak ketinggalan untuk buat...
Peserta segak dan bergaya dengan set pakaian kem '1' Malaysia..
Oklah..Antara aktiviti2 yang dijalankan ialah sukan rakyat, masakan, permainan koperatif, permainan rakyat dan macam-macam lagilah. Pendek kata memang menyeronokkan. Macam-macam gelagat budak2 dan tak kurang juga cikgu & jurulatih..Naik letih dibuatnya. Ketawa jangan ceritalah. Apepun program sebegini sememangnya banyak membantu untuk mengeratkan silaturahim antara semua kaum di Malaysia ini. Kepada negeri2 lain nantikan program ni. Memang best....hehehe...dapat ramai kawan baru lagi.
Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar...
Alamak! Adi tunjuk bakat memasak...pandai ke? Ahaks..ahaks...Nilah Ketua Jurulatih kitorang Adiputra..
Di kesempatan ini aqma nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat Jurulatih-jurulatih pusat koko yang mengendalikan program ni untuk kami semua. Sorang daripada jurulatih pusat koko ni kawan Cg. Aqma PJJUSM, Syed Adiputra. Adi satu group assingment dan sama kursus PJJ ngan aqma. Kesian tengok dia. Tah bila dia nak wat assingment tah. Jadual penuh nak uruskan kem plak. Apepun semoga Adi sukses. Kepada jurulatih-jurulatih lain juga aqma takkan lupa pengalaman kat sana...kerana korang Cikgu Aqma ni dapat satu pengalaman yang cukup melucukan kat pusat koko tu...Sabo jelah...hehehe...Oklah sampai sini dulu dan akhirnya semoga program ni akan berjaya mencapai objektifnya...One Malaysia.....

Isnin, 6 Julai 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA....

Salam...Hujung minggu aqma & group Kelana Pontian bersama2 membantu aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan Pengakap Muda. Berlangsung selama 3 hari 2 malam di SMK Kayu Ara Pasong.
 
 
Dalam perkhemahan ini ahli pengakap Muda diajar pelbagai kemahiran asas dalam pengakap antaranya ialah cara melaksanakan istiadat menaikkan bendera, mengibarkan bendera, ikatan, gadjet dan banyak lagilah.
 
Seperti perkhemahan-perkhemahan sebelum ni juga Kelana-Kelana juga telah menunjukkan beberapa tunjuk cara 'Masakan-masakan Rimba'. Paling syok ape lagi kalau bukan masakan 'Ayam bakar tayar'...ops!! silap...'tayar bakar ayam'..hehehe..camne tu ek...huhuhu...Nak tau kenalah tengok Video Hahaha...Malam ada buat 'camp fire'.
 
Disamping tu juga Unit Kelana telah mengadakan mesyuarat dan pelantikan jawatankuasa baru sesi 2009/2010. Keputusan masyuarat juga telah sebulat suara untuk memilih Razak Kosnan kekal sebagai pengerusi Krew Kelana. Sape ek die ni? Huhuhu..sahabat aku tulah sape lagi..'Ajak'..hehehe..tahniah jak.."Apepun aqma sentiasa mendoakan semoga sahabat aqma ni sentiasa sukses dalam ape juga yang  dilakukan"...Terima kasih yang tidak terhingga buat ajak.
 
Tahniah juga kepada jawatankuasa lain yang telah terpilih untuk sesi ni. Aqma juga tidak ketinggalan juga memegang jawatan dlm unit ni. Ahaks..ahaks..rahsia jawatannya..huhuhu..

Oklah..Rasanya takde lagi kot nak cerita pasal camping ni.Nantikan cerita seterusnya pada 17hb Julai ini di SK Penerok. Buat kelana-kelana kita jumpa pada tarikh tersebut..hehehehe..Adisos!!!

Isnin, 22 Jun 2009

PERKHEMAHAN MOWGLI (pkk)

Salam... 2, 3 minggu ni aqma banyak habiskan masa dengan aktiviti berpengakapan. Sesekali perlu aktifkan diri dengan aktiviti yang pelik2 sikit. Nak hilang rasa penat kerja inilah salah satu caranya. Bukan tidor jek pengubat hilang penat. Melibatkan diri dengan aktiviti2 sosial sebegini amat menyeronokkan. Selain dapat kawan baru aqma juga dapat pengalaman baru. Betul tak?
Aktiviti Laung Agung...
Sahabat aku sorang ni mmg terror bab Malam Kebudayaan...
Aktiviti Malam Kebudayaan...
Oklah sebenarnya aqma nak cerita sikit tentang aktiviti Pengakap Daerah baru-baru ni. Cuti sekolah lalu aqma dapat surat dari PPM Daerah yang mana memaklumkan tentang program Perkhemahan Mowgli Pengakap Kanak-Kanak. Perkhemahan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2009. So, aqma ambil keputusan untuk bawa anak-anak murid ke Perkhemahan tersebut. Bukan selalu pun.
Nilah QM yang membantu aku masak..huhuhu..ade plak kakwik nuu..
Budak2 ngah belajar Ikatan...
Perkhemahan tersebut diadakan di SK Sg. Durian, Kukup. Aqma bawa budak 10 orang, paling ramai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Laung agung, ikatan, pertolongan cemas, Malam kebudayaan & banyak lagilah. Bukan setakat anak murid jek happy, cg. aqma pun enjoy sangat sebab jumpe geng2 kelana dan semestinye sahabat sejati cg. aqma pun ada bersama.
Untuk kak Norti, selamat menyertai kumpulan kami.  Buat Madi, jangan patah semangat. Pasni ade banyak lagi cabaran2 yang perlu ditempuh. Bestlah... walaupun ade masalah sikit mase program ni dijalankan. Apepun aqma happy sangat walaupun penat..sebabnya ada bersama kawan2 yang sentiasa buat gempak mase aktiviti ni. Salam Pengakap!!!

p/s : Tak dapat nak join program sabtu ni..uwaa!!..ade kelaslah...huhuhu