Isnin, 22 Jun 2009

PERKHEMAHAN MOWGLI (pkk)

Salam... 2, 3 minggu ni aqma banyak habiskan masa dengan aktiviti berpengakapan. Sesekali perlu aktifkan diri dengan aktiviti yang pelik2 sikit. Nak hilang rasa penat kerja inilah salah satu caranya. Bukan tidor jek pengubat hilang penat. Melibatkan diri dengan aktiviti2 sosial sebegini amat menyeronokkan. Selain dapat kawan baru aqma juga dapat pengalaman baru. Betul tak?
Aktiviti Laung Agung...
Sahabat aku sorang ni mmg terror bab Malam Kebudayaan...
Aktiviti Malam Kebudayaan...
Oklah sebenarnya aqma nak cerita sikit tentang aktiviti Pengakap Daerah baru-baru ni. Cuti sekolah lalu aqma dapat surat dari PPM Daerah yang mana memaklumkan tentang program Perkhemahan Mowgli Pengakap Kanak-Kanak. Perkhemahan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2009. So, aqma ambil keputusan untuk bawa anak-anak murid ke Perkhemahan tersebut. Bukan selalu pun.
Nilah QM yang membantu aku masak..huhuhu..ade plak kakwik nuu..
Budak2 ngah belajar Ikatan...
Perkhemahan tersebut diadakan di SK Sg. Durian, Kukup. Aqma bawa budak 10 orang, paling ramai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Laung agung, ikatan, pertolongan cemas, Malam kebudayaan & banyak lagilah. Bukan setakat anak murid jek happy, cg. aqma pun enjoy sangat sebab jumpe geng2 kelana dan semestinye sahabat sejati cg. aqma pun ada bersama.
Untuk kak Norti, selamat menyertai kumpulan kami.  Buat Madi, jangan patah semangat. Pasni ade banyak lagi cabaran2 yang perlu ditempuh. Bestlah... walaupun ade masalah sikit mase program ni dijalankan. Apepun aqma happy sangat walaupun penat..sebabnya ada bersama kawan2 yang sentiasa buat gempak mase aktiviti ni. Salam Pengakap!!!

p/s : Tak dapat nak join program sabtu ni..uwaa!!..ade kelaslah...huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan