Isnin, 6 Julai 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA....

Salam...Hujung minggu aqma & group Kelana Pontian bersama2 membantu aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan Pengakap Muda. Berlangsung selama 3 hari 2 malam di SMK Kayu Ara Pasong.
 
 
Dalam perkhemahan ini ahli pengakap Muda diajar pelbagai kemahiran asas dalam pengakap antaranya ialah cara melaksanakan istiadat menaikkan bendera, mengibarkan bendera, ikatan, gadjet dan banyak lagilah.
 
Seperti perkhemahan-perkhemahan sebelum ni juga Kelana-Kelana juga telah menunjukkan beberapa tunjuk cara 'Masakan-masakan Rimba'. Paling syok ape lagi kalau bukan masakan 'Ayam bakar tayar'...ops!! silap...'tayar bakar ayam'..hehehe..camne tu ek...huhuhu...Nak tau kenalah tengok Video Hahaha...Malam ada buat 'camp fire'.
 
Disamping tu juga Unit Kelana telah mengadakan mesyuarat dan pelantikan jawatankuasa baru sesi 2009/2010. Keputusan masyuarat juga telah sebulat suara untuk memilih Razak Kosnan kekal sebagai pengerusi Krew Kelana. Sape ek die ni? Huhuhu..sahabat aku tulah sape lagi..'Ajak'..hehehe..tahniah jak.."Apepun aqma sentiasa mendoakan semoga sahabat aqma ni sentiasa sukses dalam ape juga yang  dilakukan"...Terima kasih yang tidak terhingga buat ajak.
 
Tahniah juga kepada jawatankuasa lain yang telah terpilih untuk sesi ni. Aqma juga tidak ketinggalan juga memegang jawatan dlm unit ni. Ahaks..ahaks..rahsia jawatannya..huhuhu..

Oklah..Rasanya takde lagi kot nak cerita pasal camping ni.Nantikan cerita seterusnya pada 17hb Julai ini di SK Penerok. Buat kelana-kelana kita jumpa pada tarikh tersebut..hehehehe..Adisos!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan