Khamis, 16 Julai 2009

Kem '1' Malaysia....

Salam buat semua. Dah 5 hari tak buka tenet...Maklumlah sejak-sejak ni busy sesangat. Huhuhu...Entry kali ni aqma nak ceritakan pengalaman menyertai Kem '1' Malaysia baru-baru ini. Seperti yang semua sedia maklum Kempen 1 Malaysia telah dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kem 1 Malaysia merupakan salah satu program yang dirancang untuk One Malaysia ni. Daerah Pontian menjadi daerah pertama di negeri Johor dan di Malaysia yang telah berjaya melaksanakan program Kem 1 Malaysia ni.
Para peserta sedang memasang khemah...
 Macam-macam aktiviti yang dijalankan. Aqma bawa budak seramai 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Sebenarnya program ni banyak mengetengahkan tentang perpaduan kaum di Malaysia ni. Aktiviti memang menyeronokkan. Kem ni dilaksanakan di pusat Kokurikulum Johor bahru selama 4 hari. Tengok jelah gambar-gambar yang sempat aqma rakamkan. Banyak lagi sebenarnya tapi kena mintak kat kwn2lah jawabnya. Hehehehe...
aktiviti air yang peserta sertai...Cg. Aqma pun tak ketinggalan untuk buat...
Peserta segak dan bergaya dengan set pakaian kem '1' Malaysia..
Oklah..Antara aktiviti2 yang dijalankan ialah sukan rakyat, masakan, permainan koperatif, permainan rakyat dan macam-macam lagilah. Pendek kata memang menyeronokkan. Macam-macam gelagat budak2 dan tak kurang juga cikgu & jurulatih..Naik letih dibuatnya. Ketawa jangan ceritalah. Apepun program sebegini sememangnya banyak membantu untuk mengeratkan silaturahim antara semua kaum di Malaysia ini. Kepada negeri2 lain nantikan program ni. Memang best....hehehe...dapat ramai kawan baru lagi.
Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar...
Alamak! Adi tunjuk bakat memasak...pandai ke? Ahaks..ahaks...Nilah Ketua Jurulatih kitorang Adiputra..
Di kesempatan ini aqma nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat Jurulatih-jurulatih pusat koko yang mengendalikan program ni untuk kami semua. Sorang daripada jurulatih pusat koko ni kawan Cg. Aqma PJJUSM, Syed Adiputra. Adi satu group assingment dan sama kursus PJJ ngan aqma. Kesian tengok dia. Tah bila dia nak wat assingment tah. Jadual penuh nak uruskan kem plak. Apepun semoga Adi sukses. Kepada jurulatih-jurulatih lain juga aqma takkan lupa pengalaman kat sana...kerana korang Cikgu Aqma ni dapat satu pengalaman yang cukup melucukan kat pusat koko tu...Sabo jelah...hehehe...Oklah sampai sini dulu dan akhirnya semoga program ni akan berjaya mencapai objektifnya...One Malaysia.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan