Selasa, 5 Januari 2010

Kasih dijunjung....

Salam 1 Malaysia.... 
Pertama sekali kepada guru-guru seluruh Malaysia selamat kembali bertugas dan selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak didik Cg. Aqma. Aqma dan seluruh warga SKR sebenarnya masih berasa sedih dengan kejadian yang menimpa salah seorang daripada murid tahun 2 sekolah kami iaitu Allahyarham adik Mohd Raihan yang kemalangan pada awal cuti persekolahan yang lalu. Allahyarham mengalami cedera teruk di kepala. Tahun ini murid-murid di tahun 3 menyambut awal persekolahan tanpa teman mereka yang sangat periang dan suke berceloteh..(termasuk cg. aqma yang suke menyakat arwah). Dikesempatan ini aqma ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Raihan. Semoga rohnya dicucuri rahmat....
Berita kedua yang juga membuatkan seluruh warga SKR bersedih ialah Guru Besar SKR ditukarkan ke SK Api-Api secara tiba-tiba. Berita yang sangat mengejutkan seluruh warga SKR. Walauapapun seluruh warga SKR akur dengan keputusan yang telah dibuat. Kasih dijunjung buat En. Hasmuni B. Mukibat atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan selama ini. Rasanya banyak lagi ilmu yang belum Aqma peroleh daripada 'Sifu' yang sorang ni. Dulu cg. Hasmuni merupakan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian. Teringat pesan Razak, "cari ilmu sebanyak mungkin daripada 'Sifu'...". Apepun aqma doakan semoga cikgu Hasmuni sukses menjalankan tugas di sekolah baru nanti.                    
 Juga aqma ingin ucapkan salam perpisahan buat GPK1 SKR yang bersara pada 31 Disember 2009, Pn. Hjh. Rokiah Bt. Hj. Bujang dan juga Eddi (PAR SKR) yang mendapat jawatan baru di Majlis Daerah. Jasa mereka takkan dilupakan. Tahun ini SKR mengalami perubahan yang amat besar. Dapat GB baru, GPK1 baru, PAR baru, kerani pun kire baru gak pindah..dua orang guru baru. Apepun aqma doakan segala perubahan ini akan terus memantapkan lagi prestasi SKR sepanjang masa. Aqma akan teruskan aktiviti seperti tahun-tahun lepas dengan cabaran-cabaran yang lebih lagi.
"Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan dalam kenangan"