Rabu, 28 Mac 2012

PPM SELANGOR-PENGAKAP KELANA

PPM SELANGOR-PENGAKAP KELANA

ROVERMOOT 2012 anjuran Pengakap Kelana pada 4-7 Mei 2012 Kem Mutiara Semenyih & Eco Resort Sg Lalang Semenyih. Kajang

Isnin, 26 Mac 2012

PPM JOHOR-PENDAFTARAN KEAHLIAN 2012

PPM JOHOR-PENDAFTARAN KEAHLIAN 2012
------------------------------------------------

Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap N.Johor telah menerangkan kepada semua Tuan Pesuruhjaya Daerah/ASC, berkenaan tatacara mengisi borang Pendaftaran Keahlian Pengakap PPM Johor.Pendaftaran bermula hari ini sehingga 31 April 2012.PERINGATAN.
Tahun ini semua ahli akan menerima KAD KEAHLIAN sahaja tanpa SIJIL.
Sila hantar Borang-Wang kepada Tuan Pesuruhjaya Daerah anda dan KAD KEAHLIAN akan diberi sertamerta.

2.Borang TAULIAH untuk semua Pemimpin yang tamat tempohnya untuk diperbaharui SEGERA.

3.Borang Pendaftaran Kumpulan.

4.Borang untuk PINGAT PPM-DC akan mencalonkan pemimpin yang layak sahaja.Tarikh tutup 30 Mac 2012.TINDAKAN SEGERA

5.Borang AKADEMIK PPM 2012 untuk ahli Pengakap yang lulus Cemerlang sahaja didalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM,DIPLOMA.IJAZAH.

Sabtu, 17 Mac 2012

My first doodle muslimah...

Salam 1 malaysia...Daku yang memang suka menghabiskan masa dengan menghadap lappy dan hasilnya.....tadaaaaaaa....My first doodle muslimah....
Adik kata boolatttnye...cam sayeler...hehehe

using photoshop....sukelah!

Time kasih wat Fizi Graphic yang membuat tutorial..pasni mmg seronok ler nak membuatnya...heheheh...

Perkara yang daku ingin lakukan....

Dalam kesibukan daku sempat lagi membuat perkara yang memang daku minat sejak dulu...bidang grafik dan design ....walaupun bukan sebaik kwn2 tapi daku akan terus berusaha untuk buat yg terbaik...bukan utk sape2 pun..utk daku sendiri...Daku nak cerita tentang kegiatan daku pabila ada aktiviti kat sekolah. Selain tugas tetap dan berpencen membuat buku program daku juga buat banner atau kain rentang. Kain rentang yang daku wat ni guna manual...by hand wooo...zaman sekarang dh tak ramai org buat guna tangan. Depa kata leceh. Print kan sng...tempah kat kedai. Tapi tidak pada daku..daku lebih suka buat sendiri. Nampak seni gitu. Chewah...(bile time nak buat merungut sendiri...heheh)

Banner untuk mesyuarat agung PIBG tahun lalu yang daku buat...
Berseorangan menyiapkan banner...
Tapi sekarang tak lagi....bak kata orang hidup perlu ade perubahan..kan..kan...hehehe...Daku mengambil langkah mudah dan jimat daku wat sendiri design & hantaq print kat kedai. Ni bab design plak dari cara yang biasa2 dan tak pro daku belajaq sendiri dan bantuan dr adik dalam program tertentu sikit2 lame2 mesti pandai kan...

Banner Hari Keluarga yang daku siapkan..ni buat pakai photoscape je

Maka daku teramatlah seronok membuatnya. Bila kita minat hasilnya pasti menarik kan...kalau tak puas hati jangan segan silu utk memberi komen...hehehe..Daku takdak masalah..terima saja..

Banner terkini yang daku siapkan untuk PIBG
Siap sudah....tadaaa...oklah ni kan..kan...edit by photoshop
Banner masa Maulidur Rasul baru-baru nih,...
Amacam? Ok tak? Belajar explore sendiri ...ada gak bantuan dari adikku...pasni nak belajar wat doodle muslimah yang comel plak...jeles tgk adik daku sedang berusaha belajar buat doodle yang kiut miut mcm yg kat bwh ni..hasil dielah ni...comel kan?

doodle utk kawan my yong sis

My yong sis bg watak ni utk saya...comel kan...saye mesti belajar juga...heheh

Yang ni die punye trademark....pun chumel!!

Sabtu, 3 Mac 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikum ...Salam 1 Malaysia...Salam perpaduan...

Baru2 ni kat sekolah wat Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Yang seronoknya bila tiba sambutan yang ditunggu pastinya masa nak berarak dan makan 'time' hehhe...Tahun ni sambutan agak meriah. Satu hal bangunan baru pun dah siap dan tahun ni dapat berarak keluar dari sekolah pusing masuk ke Rumah Kilat berhampiran dengan sekolah dan patah balik semula ke sekolah. Semua warga SKR keluar beramai-beramai berarak tak kurang juga ada ibu bapa yang dijemput untuk memeriahkan majlis. Tahun ni juga tambah seronok sebab makan di'sponsor' oleh En. Zainal (parent's najwa) & isteri. Nasi beriayni + ayam + acar timun + dalca...nyum..nyum... + lagi makan dalam dulang. Nilah acara yang ditunggu2 oleh anak2 didik SKR...(cikgunye pun sama gak) Seronok bebenor daku masa wat agihan dulang2 berisi makanan. Macam2 hal yang jadi. Budak2lah katakan heheh...Meh kite lihat gelagat mereka masa majlis...

sebelum berarak...
Ketua rombongan...heheh
Sir Syafiq with the banner...
Ustaz Rozamli dari SMK Sri Kukup memberi ceramah Maulidur Rasul
Cik Jamilah wakil PPD selaku Ibu angkat sekolah Rambah hadir menyerikan majlis...
Add caption
Nampak sedap kan...memang pun...teringat kat Hani masa berebut makan kat masjid Rambah...hehehe..rindu sangat waktu tu..
tengok atasss....
Nilah budak2 yang pertama mintak tambah lagi..heheh...
Peace!! Jemput makan...
Cikgu Aishah nak tumpang sekaki tapi bdk2 ni tak bagi..takut tak cukup..heheh