Selasa, 27 Disember 2011

virus Apam Polka Dot...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Minggu akhir cuti persekolahan yang sangatlah buzy. Macam-macam kerja kalau boleh nak dibuat. Mesyuarat pun sudah bermula. Hari ni daku terlebih rajin. Niat dihati nak bawa sesuatu untuk rakan-rakan kat sekolah... Fikir punya fikir daku ambik keputusan untuk buat Apam Polka Dot. Daku sebenarnya tak pernah membuat tapi keinginan ingin mencuba buat sangatlah meronta-ronta. Daku pun belilah bahan yg tak ckup. Mula-mula buat memang tak jadi tapi akhrnya dengan kreativiti yg mellebih dalam diri daku ni akhirnya jadi jua apam polka dot yang diidam2kan. Filling daku cuma letak kaya jek, tapi ok sgt. Alhamdulillah berkat kesungguhan akhirnya berjaya jua daku membuatnya... Nak resepi??Ini dia daku kongsi bersama...




Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Jumaat, 23 Disember 2011

Homemade Black Pepper Sauce..

Assalamualaikum... & Salam 1 Malaysia...

'Try and error' daku yang memang suka sangat mencuba sesuatu yang tidak pernah dibuat. Terutama dalam masakan lah. Kali ni daku ingin berkongsi satu resepi yang daku sangat suka dan untuk keberapa kali tah daku membuat 'Sos Lada Hitam' atau 'Black Pepper Sauce'. tapi versi lain plak. Sebelum ni daku menggunakan resepi daripada kak Anis (Tinta Semalam) untuk membuat kuah lada hitan @ kuah untuk 'Whipped Potato' dan untuk kali ini daku menggunakan resepi dari Azli Razali tuan empunya blog Dari Dapur Azli Razali. Nampak agak rumit tapi macam sedap...heheh... resepi yang daku buat tak cukup bahan macam origano & stok tulang lembu..Daku guna kiub lembu + ayam jek. Tapi ok gak rasanya...ini resepinya..Selamat mencuba

Black Pepper Sauce versi Azli Razali
Bahan-bahan stok perang
1kg tulang lembu
1 biji lobak merah (saiz sederhana)-potong sederhana besar
2 batang seleri-potong sederhana besar
1 biji bawang besar-potong sederhana besar
5 sudu tomato paste
5 sudu tepung gandum
½ sudu herba campur (oregano dan thyme)
4 liter air

Bahan-bahan demi glace
2 liter stok perang
3 sudu kicap pekat

Bahan –bahan Black pepper sauce
1 sudu makan minyak masak
1 liter demi glace
5 sudu roux
4 paket kiub pati lembu
1 sudu makan bawang cincang
½ sudu bawang putih cincang
3-4 sudu makan lada hitam- tumbuk hampir halus
2 sudu cream1 sudu mentega

Bahan-bahan untuk roux
½ cawan (100 gm) mentega
½ cawan (100gm) tepung

Cara-cara penyediaan
1. Untuk menyediakan stok perang: Satukan semua bahan kecuali air dan herba di dalam dulang pembakar. Bakar selama 30 minit atau sehingga ia menjadi betul-betul perang pada suhu 180darjah C.
2.  Satukan dengan air dan herba campur. Rebus dengan api sederhana sehingga isipadu stok menjadi setengah daripada isipadu asal. Kemudian, tapis stok perang.
3.  Untuk menyediakan demi glace campurkan semua bahan dan kacau.
4. Untuk menyediakan roux: Cairkan mentega dan campurkan tepung kacau sehingga sebati.
5.  Untuk black pepper sauce, ambil 1 liter daripada demi glace. Lebihan demi glace boleh disimpan didalam petibeku untuk digunakan kemudian. Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih dan lada hitam sehingga wangi.
6.Masukkan demi glace dan pekatkan dengan roux. Akhir sekali tutup api dan kacaukan cream dan mentega

Minum petang bersama 'Chestnut' @Buah Berangan...

Assalamualaikum.w.b.t

Mengambil sedikit masa pada petang yang sejuk ini dengan membeli belah untuk 'function' esok. Sebelum gerak balik teringin nak makan sesuatu. Cer tengok gambar kat bawah ni....


Inilah 'Buah Berangan' atau dalam bahasa inggeris dipanggil 'Chestnut'. Rasanya lemak-lemak manis...sedap... Daku mula makan buah berangan ni sejak kecil lagi, ketika arwah nenek bawa daku ke bandar Batu Pahat dan singgah di The Store arwah belikan untuk daku buah berangan & air kelapa laut. Nyum..nyum..sangatlah sedap...Bila daku dah besar ni ada juga insan yang menjualnya. Harga buah berangan ni sekilo RM24.00. Kalau di tempat lain mungkin antara RM24 hingga RM 27. Buah berangan ni mengandungi lebih kurang 180 kalori bersamaan 800kJ.






Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40% selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan.


Beberapa kajian epidemiologi telah menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil kacang berkemungkinan kecil untuk menderita penyakit koronori jantung. Ujian klinikal terbaru telah menemui bahawa pengambilan pelbagai jenis kacang seperti badam dan walnut boleh merendahkan serum pekatan kolesterol LDL. Walaupun kacang mengandungi pelbagai bahan yang dikatakan memiliki kesan cardioprotective, saintis percaya yang asid lemak Omega 3nya sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam tindakbalas kadar lipid (hypolipidemic) semasa pemerhatian ujian klinikal.

Family Day II

Nantikan cerita 'Family Day II'.....


Jumaat, 9 Disember 2011

The making of 'PIZZA ala Atull'....



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Banyak perkara yang daku suka buat dan ingin cuba buat. Hari ni daku nak buat 'Pizza ala Atull'. Ingat lagi masa tingkatan 1 kot, emak daku meminta daku mengajar kawan2 beliau membuat 'Pizza'. Huhuhuhu..macamlah daku ni 'terror' sangat. nak taknak daku terima cabaran tersebut. Daku ni pemalu..oleh sebab kena berhadapan dengan raka-rakan sebaya emak, daku jadi gugup..hhah... Apepun daku belajar sesuatu yang sangat berharga iaitu 'Keberanian'. Sampai la ni pun daku memang suka buat 'Pizza'. tapi nak jadi macam pizza kat 'Pizza Hut' tu taklah. Ok di bawah daku letakkan resepi ala 'Daku' @ Atull... Sila..sila..

UNTUK DOH TEPUNG
Daku main agak2 je ...huhuhu...sbb ade org wat lg sdp...
1 cawan tepung gandum,
1 cwn tepung top (untuk wat roti, kalau takde pakai tepung gandum jek...gandakan..atau ikut tepung yg uli tu)
1 sudu besar majerin,
1 sudu besar yis mauripan rendam dgn air suam,
Garam + gula secubit rasa
Lada hitam


ULI SEMUA BAHAN SAMPAI TAK MELEKAT TEPUNG NYA PASTU LETAK DLM BEKAS TUTUP DGN TUALA LEMBAB..BIAR NAIK SMPAI 2 KALI GANDA (30 MINIT-1 JAM PUN OK JEK)



TOPPING (ikut suka ye)
Lada capsican (lada bangla) potong dadu
Tomato buah potong dadu
Cendawan butang/dlm tin hiris ikut suka
Tomato puree/sos spaghetti/sos cili/sos tomato (ikut kemampuan)
Bawang merah (potong dadu)
Sardine hancur
Keju mozzarella

Doh tepung sedia dlm bekas utk bakar, biarkan dalam 10 minit pastu cucuk2 permukaan tepung dengan garfu. 
Tuang Tomato puree/sos spaghetti/sos cili/sos tomato dan ratakan.
Taburkan keju sedikit ats permukaan yg dh letak sos pastu bawang, sardine, lada, cendawan tabor lada hitam, last ltk lagi keju seluruh permukaan…pastu bakar dlm setengah jam…hangus sgt pun tak sdp takut tepung jd keras…setengah jam tu oklah…selamat mencuba…




Pizza Versi Azli Razali
Bahan-bahan Roti
500gm ( 2 ½ cawan) tepung roti (tepung berprotin tinggi)
6 gm (1 sudu makan) yis kering
1 cawan air
2 sudu makan minyak zaitun/minyak jagung
1 ½ sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan Sos Pizza
250gm (1 paket kecil) daging kisar
1 tin puri tomato
2 biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu makan minyak zaitun /minyak masak
½ sudu makan herba campuran (mixed herbs thyme, marjoram,oregano)-pilihan, boleh dibeli di pasaraya
¾ cawan air
Secukup rasa serbuk lada hitam
Secukup rasa garam

Bahan-bahan Topping
3 biji tomato
500 gm keju mozzarella parut
1 biji lada benggala-hiris
1 tin cendawan butang-hiris




Cara-cara penyediaan 
Sediakan roti piza dengan menggaul semua bahan-bahan roti . Uli sehingga ia sebati dan permukaan doh menjadi agak licin selama lebih kurang 15 minit.
Rehatkan doh sehingga doh naik dua kali ganda.
Sementara itu sediakan bahan bahan topping.
Untuk menyediakan sos piza , tumis bawang besar, bawang putih dan herba campuran sehingga harum.
Kemudian masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
Masukkan puri tomato dan air dan biarkan ia mendidih.
Perisakan dengan lada hitam dan garam.
Bahagikan doh piza yang telah naik dan lenyekkan (leperkan) menjadi bulat setebal lebih kurang 8-10 cm.
Tuangkan sos piza di atas doh yang telah dileper dan ratakan ke seluruh permukaan doh.
Susun semua bahan-bahan topping di atas doh yang telah disapu sos piza kemudian taburkan dengan keju.
Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celsius (api atas bawah sebaik-baiknya) selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga keju dan roti piza bertukar menjadi perang.

Jumaat, 2 Disember 2011

Promo....Promo....

Assalamualaikum.w.b.t dan salam 1 Malaysia,



Lame dah tak bersosial di muka blog ni...heheh..kesibukan yang keamatan..heheh...
Oklah untuk kali ni saya ingin bercerita tentang kawan saya yang sorang ni. Kira cam nak promote gaklah pada sape2 yang memerlukan khidmatnya. Kitorang kenal masa di maktab lagi. Seorang yang sangat gigih dan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati.  Beliau kini berkecimpung sedikit demi sedikit dalam dunia photoshoot sejak beberapa tahun ini. Bak kata fir " semuanya bermula dari NAWAITU...". Saya sangat-sangat mengkagumi hasil kerjanya, walau baru setahun jagung berkecimpung dalam dunia photo. Gambar2 yang diambil sangatlah cantik. Kalaulah saya tinggal dekat dengan beliau dah tentu saya pun ikut sama dengan die...

My little brother yg dh besaq panjang with his wife Nana
Gambaq kat dalam kilang arang dekat rumah Nana

Teruja juga bila melihat hasil yang sangat mengkagumkan terutama bila beliau mengambil gambar kahwin adik. So, bagi sape2 yang berada di kawasan Perak dan yang berhampiran dengan Perak bolehlah mendapatkan khidmatnya dengan melawati laman web http://tongkatgraphy.blogspot.com.




Untuk Mohd Firdaus Mohamad Nasri, selamat maju jaya dan akan terus cemerlang dengan apa yang telah diceburi. All the best to fir. To his wife Marlis, jadilah pendamping fir dan support him all the time ok.

Nilah tuan empunya gambar2 ni...heheh...fir..SELAMAT MAJU JAYA FIR...