Assalamualaikum.w.b.t
Inilah 'Buah Berangan' atau dalam bahasa inggeris dipanggil 'Chestnut'. Rasanya lemak-lemak manis...sedap... Daku mula makan buah berangan ni sejak kecil lagi, ketika arwah nenek bawa daku ke bandar Batu Pahat dan singgah di The Store arwah belikan untuk daku buah berangan & air kelapa laut. Nyum..nyum..sangatlah sedap...Bila daku dah besar ni ada juga insan yang menjualnya. Harga buah berangan ni sekilo RM24.00. Kalau di tempat lain mungkin antara RM24 hingga RM 27. Buah berangan ni mengandungi lebih kurang 180 kalori bersamaan 800kJ.
Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40% selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan