Ahad, 18 Oktober 2009

Program P1NCH???!!

Salam buat semua..Lama rasanya tak update blog. Agak sibuk sekarang ni. Tapi apepun Aqma cuba luangkan masa untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua. Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi. 14 dan 15 Oktober lalu Aqma dan semua guru-guru pemulihan Khas daerah pontian dipanggil untuk diberikan taklimat tentang program P1NCH yang dikendalikan oleh JPN. Sebelum kami, semua GPK-GPK 1, guru KIA juga dipanggil untuk taklimat tersebut. Tentu semua nak tahu apa dia P1NCH tu kan?

P - Program   1 - 100   N - Persen   C - Celik    H - Huruf
 
 
 
Objektif program ini adalah untuk membasmi masalah pelajar yang tidak menguasai 3M. Selain dari itu juga ia adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian dalam akademik. Program ini melibatkan murid KIA, Pemulihan Khas dan PROTIM. Pelbagai rangka kerja dibuat bagi merealisasikan objektif JPN iaitu 100% celik huruf. Walaubagaimanapun diharap program ini dapat membantu murid-murid yang mengalami masalah 3M dan juga dapat membantu guru-guru pemulihan untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Lepas ni ada kerja sudah menanti. Sama-samalah kita memikul tanggungjawab yang telah diberikan ini. Sekarang ni cikgu Aqma sedang merangka kerja untuk program ini. Banyak juga yang harus diubah..huhhuhu...Masa itu emas...Jumpe lagi...