Isnin, 23 November 2009

UPSR 2009....

Salam 1 Malaysia...
 
Pertama sekali Cg. Aqma nak ucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan anak2 didik di seluruh Malaysia tak kira dimana sahaja. Hari ini Cg. Aqma ingin berkongsi kegembiraan warga SKR dimana baru-baru ini telah diumumkan keputusan UPSR 2009.
 
Guess what?? Alhamdulillah berkat usaha guru-guru SKR, anak2 didik SKR 9 orang daripada 25 orang telah mendapat 5A dan 1 orang mendapat 4A 1B. Satu keputusan yang cukup memeranjatkan bagi semua warga SKR. Airmata mengalir tanda betapa puas dan gembiranya guru-guru yang mendidik mereka. Satu lagi berita yang sangat menggembirakan adalah bagi matapelajaran Sains dan Matematik adalah lulus 100%. Syukur kehadrat illahi segalanya usaha Cg. Afzan, Cg. Aishah, Cg. Shah dan Cg. Norlida membuahkan hasil. Cg. Aqma juga tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Walaupun cg. Aqma tak mengajar mereka di dalam kelas tapi Cg. aqma banyak bersama mereka dalam setiap aktiviti KOKO.
 
 
 
p/s : Tahniah buat syafiq, iman, safiuddin dan reza yang telah berjaya mendapat 5A..
anak-anak SKR yang sentiasa mencuit hati cg. aqma dengan kenakalan dan sangat manja.. 
 
Mereka memang anak-anak yang pintar, kreatif dan sangat ceria. Syukur sangat. MUdah2an segala cita-cita mereka akan tercapai dan mereka akan menjadi salah seorang tokoh negara satu hari nanti. Insyaallah. Sedih sangat bila terpaksa berpisah dengan mereka. Sesungguhnya mereka adalah anak-anak yang baik, ceria, kelakar dan sentiasa menghiburkan.
 
wajah-wajah anak2 SKR selepas keputusan keluar.. 
 
Hari ini mereka menjalani satu lagi peperiksaan Sijil Darjah Enam untuk sekolah Agama Negeri Johor. Cg. Aqma doakan semoga mereka akan berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Kepada semua yang telah mendapat keputusan UPSR janganlah bersedih jika tidak dapat keputusan yang memuaskan. Berusaha bersungguh lagi kerana masih jauh lagi perjalanan yang harus kamu semua tempuh.
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya juga cikgu-cikgu yang telah mengajar mereka.
 
Selamat Berjaya....

Ahad, 15 November 2009

Lawatan ke Langkawi..

Salam buat semua..lama rasanya tak mencoretkan sesuatu pada blog ni. Kali ni Cg. Aqma nak coretkan sesuatu buat tatapan semua terutama khas buat anak-anak SKR. Sebenarnya Cg. Aqma baru saje balik dari Langkawi bawak anak-anak SKR lawatan sambil belajar. Tahun ni agak jauh perjalanannya. Pelbagai halangan terpaksa Cg. Aqma tempuh untuk laksanakan program ini dan akhirnya segala impian anak-anak SKR untuk menjejakkan kaki ke langkawi menjadi kenyataan.
 
Perjalanan bermula pada pukul 6 petang 11 November 2009 dari SKR dan tiba di Kuala Perlis pada jam 5.00 pagi. Kami berhenti rehat mandi dan solat subuh di Mesjid Jamek Kuala Perlis dan akan menaiki feri pada jam 8.00 pagi. Alhamdulillah cuaca di langkawi cukup baik. Jadi seawal jam 10 pagi kitorang dah mulakan perjalanan pertama ke Kilang memproses minyak gamat dan seterusnya ke Makam Mahsuri. Perjalanan seterusnya ke Beras terbakar. Kat sana dapatlah Cg. Aqma beli sedikit buah tangan buat bonda.
 
Pada sebelah petang pulak kitorang ke Cable Car Station untuk menaiki kereta kabel...Hahahaha..pengalaman yang sangat melucukan...kesian cg. aqma lihat anak-anak SKR yang ada sebahagiannya takut...dan sanggup tak turun sebab terlalu takut..Cg. Afzan lah yang terpaksa menjaga...Tapi yang lain walaupun takut tetap bersemangat bila melihat pemandangan pulau langkawi yang sangat cantik. Teruja rasanya. Mujur ada abg ajak yang sanggup melayan kerenah anak-anak SKR.
 apasal muka monyok jek..penatlah tu...
Seterusnya perjalanan diteruskan ke tempat membeli belah Idaman suri. Sape2 yang nak shopping di langkawi boleh lah membeli belah di Idaman suri ni...Idaman suri menawarkan harga yang sangat berpatutan. Mujur 1 malam saje berada di Langkawi, rasanya kalau 3 hari di langkawi penuh 1 feri barang Cg. Aqma..hahahaha...
 
Keesokan harinya rombongan kami bertolak balik ke tanah besar dan menaiki feri pada jam 10 pg. Tak puas rasanya berjalan kat langkawi nih..Rasa taknak balik. Takpelah lain kali leh pergi lagi...hehehhe...Rombongan kami selamat tiba di Pontian tepat jam 11.45 malam. Terpancar di wajah anak-anak SKR yang cukup gembira dapat pergi ke langkawi. Insyaallah tahun depan Cg. Aqma merancang untuk bawa anak-anak SKR ke tempat yang lebih menarik lagi. So, anak-anak SKR kenalah simpan duit dari awal tahun.