Salam buat semua..lama rasanya tak mencoretkan sesuatu pada blog ni. Kali ni Cg. Aqma nak coretkan sesuatu buat tatapan semua terutama khas buat anak-anak SKR. Sebenarnya Cg. Aqma baru saje balik dari Langkawi bawak anak-anak SKR lawatan sambil belajar. Tahun ni agak jauh perjalanannya. Pelbagai halangan terpaksa Cg. Aqma tempuh untuk laksanakan program ini dan akhirnya segala impian anak-anak SKR untuk menjejakkan kaki ke langkawi menjadi kenyataan.
Perjalanan bermula pada pukul 6 petang 11 November 2009 dari SKR dan tiba di Kuala Perlis pada jam 5.00 pagi. Kami berhenti rehat mandi dan solat subuh di Mesjid Jamek Kuala Perlis dan akan menaiki feri pada jam 8.00 pagi. Alhamdulillah cuaca di langkawi cukup baik. Jadi seawal jam 10 pagi kitorang dah mulakan perjalanan pertama ke Kilang memproses minyak gamat dan seterusnya ke Makam Mahsuri. Perjalanan seterusnya ke Beras terbakar. Kat sana dapatlah Cg. Aqma beli sedikit buah tangan buat bonda.
Pada sebelah petang pulak kitorang ke Cable Car Station untuk menaiki kereta kabel...Hahahaha..pengalaman yang sangat melucukan...kesian cg. aqma lihat anak-anak SKR yang ada sebahagiannya takut...dan sanggup tak turun sebab terlalu takut..Cg. Afzan lah yang terpaksa menjaga...Tapi yang lain walaupun takut tetap bersemangat bila melihat pemandangan pulau langkawi yang sangat cantik. Teruja rasanya. Mujur ada abg ajak yang sanggup melayan kerenah anak-anak SKR.
Seterusnya perjalanan diteruskan ke tempat membeli belah Idaman suri. Sape2 yang nak shopping di langkawi boleh lah membeli belah di Idaman suri ni...Idaman suri menawarkan harga yang sangat berpatutan. Mujur 1 malam saje berada di Langkawi, rasanya kalau 3 hari di langkawi penuh 1 feri barang Cg. Aqma..hahahaha...
Keesokan harinya rombongan kami bertolak balik ke tanah besar dan menaiki feri pada jam 10 pg. Tak puas rasanya berjalan kat langkawi nih..Rasa taknak balik. Takpelah lain kali leh pergi lagi...hehehhe...Rombongan kami selamat tiba di Pontian tepat jam 11.45 malam. Terpancar di wajah anak-anak SKR yang cukup gembira dapat pergi ke langkawi. Insyaallah tahun depan Cg. Aqma merancang untuk bawa anak-anak SKR ke tempat yang lebih menarik lagi. So, anak-anak SKR kenalah simpan duit dari awal tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan