Khamis, 23 Julai 2009

Gordang Sambilan

Salam buat semua yang setia membaca setiap entry yang ada dalam Kisahkaseh ni. Entry kali ni aqma nak ceritakan sedikit tentang salah satu alat muzik yang lahir dan popular di Negeri Selangor. Rasanya masih tak ramai yang tahu tentang alat muzik tersebut. Alat muzik ini dinamakan Gordang Sambilan. Lazimnya Gordang Sambilan dimainkan oleh sepuluh orang, alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang selain alatan sampingan seperti Gong, Cak Lempong, Sesayak dan Seruling. Kalau nak tau Cikgu Aqma ni pun salah seorang pemain alat Muzik Gordang Sambilan semasa di maktab dulu. Aqma bermain Cak Lempong. Di Maktab Aqma terlibat dengan persatuan Muzik Warisan di bawah bimbingan En Mohd. Sharifudin Yusof dan Pn. Norizah Abd Karim.Kebiasaanya kami bermain pada majlis-majlis rasmi samada dalam maktab atau majlis-majlis tertentu luar maktab. Satu pengalaman yang mungkin tidak ada pada orang lain tapi ada pada aqma dan kawan-kawan yang sama-sama bermain alat muzik ini. Unik sangat.
Gordang Sambilan sebenarnya adalah warisan budaya masyarakat Mandailing dan tidak ada duanya dalam budaya etnis lainnya di Indonesia. dan Malaysia. Gordang Sambilan diakui oleh ahli/pakar etnomusikologi sebagai satu ensembel muzik yang teristimewa di dunia. Bagi orang Mandailing terutama di masa lalu, Gordang Sambilan merupakan musik adat sakral (kudus) yang terpenting. Gordang Sambilan dipandang sakral karena dipercayai mempunyai kekuatan gaib memanggil roh nenek moyang untuk memberi pertolongan melalui medium atau shaman yang di namakan Sibaso.
mase ni tak dapat pergi...uwaaa...Najib jek dapat pi..
Oleh karena itu, pada masa lalu, di setiap kerajaan otonom yang banyak terdapat di Mandailing harus ada satu ensambel Gordang Sambilan. Alat musik sakral itu di tempatkan di Sopo Godang (Balai Sidang Adat dan Pemerintahan Kerajaan) atau di satu bangunan khusus untuknya yang dinamakan Sopo Gordang yang terletak dekat Bagas Godang (kediaman raja). Gordang Sambilan hanya digunakan untuk upacara adat dan perayaan Hari Raya Idul Fitri.
Persembahan sempena Sayembara Puisi IPT kat IBMM...
Instrumen Gordang Sambilan 

Gordang Sambilan terdiri dari sembilan buah gendang dengan ukuran yang relatif sangat besar dan panjang. Ukuran besar dan panjangnya kesembilan gendang tersebut bertingkat, mulai dari yang paling besar sampai pada yang paling kecil. Tabung resonator Gordang Sambilan terbuat dari kayu yang dilumbangi dan salah satu ujung lobangnya (bagian kepalanya) ditutup dengan membran yang terbuat dari kulit lembu yang ditegangkan dengan rotan sebagai alat pengikatnya.
Untuk membunyikan Gordang Sambilan digunakan kayu pemukul.
nilah geng-geng Muzik warisan Zura, linda, kak yati...
Masing-masing gendang dalam ensambel Gordang Sambilan mempunyai nama sendiri. Namanya tidak sama di semua tempat di seluruh Madailing. Karena masyarakat Madailing yang hidup dengan tradisi adat yang demokratis punya kebebasan untuk berbeda.
Instrumen musik tradisional Gordang Sambilan dilengkapi dengan dua buah ogung (gong) besar Yang paling besar dinamakan ogung boru-boru (gong betina) dan yang lebih kecil dinamakan ogung jantan (gong jantan), satu gong yang lebih kecil yang dinamakan doal dan tiga gong lebih kecil lagi yang dinamakan salempong atau mong-mongan. Gordang Sambilan juga dilengkapi dengan alat tiup terbuat dari bambu yang dinamakan sarune atau saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat.
Staf IBMM yang bermain Gordang Sembilan Abg Nazim, Abg Mail, Abg razak takde plak, pakcik sahak...
Diharap kepada semua yang membaca dapatlah sedikit maklumat tentang apa yang dikatakan Gordang Sambilan itu. Dikesempatan ini aqma nak ucapkan terima kasih kepada warga Institut Bahasa Melayu Malaysia (kini Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia) yang memperkenalkan seni warisan yang amat unik ini kepada kami. Aqma rasa bertuah kerana dapat merasai menghayati dan terlibat bermain alat muzik ini. Teringat pada pensyarah dan staff IBMM yang sentiasa memeri peluang kepada kami untuk keluar membuat persembahan. Rindu sangat nak bermain alat muzik ini. semoga satu hari nanti aqma dan kawan2 akan diberi peluang semula untuk bermain alat muzik ini. Kepada kawan-kawan semoga info ini amat berguna kepada semua. Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan