Salam.... Rasa malas sikit nak edit blog. Apepun cuti sekolah kali ni sibuk sikit. Namun demikian Cik Aqma dapat meluangkan masa untuk menyertai Perkhemahan Pengakap SK Jaya Mulia di hari-hari terakhir cuti sekolah baru2 ni. Emm..cam biasalah orang yang sentiasa bg support untuk menyibukkan diri dlm aktiviti sebegini, tak lain tak bukan Mr. Ajak lah.
Perkhemahan Asas PKK SK Jaya Mulia berlangsung selama 3 hari iaitu 10 hingga 12 Jun. Cik Aqma cuba gaklah luangkan masa. First day sampai kat SKJM agak lewat sikit, mereka diberi peluang untuk mendirikan khemah sambil dibimbing oleh pemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri daripada Kelana-Kelana D Pontian. Sempat gak Cik Aqma berkenal-kenalan dengan cikgu2 SKJM. Ramah semuanya.
SKJM merupakan sekolah Kurang Murid. Muridnya cuma lebih kurang 70 orang. Yang membuatkan cik Aqma terkejut, murid tahun 5 cuma ada 5 orang sahaja. Ish..ish...murid2 yang menyertai perkhemahan ini adalah lebih kurang 35 orang gitu.
Oklah sekarang nak cerita pasal aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mendidirkan khemah, nyanyian, 'Treasure Hunt', Malam Kebudayaan, Camp Fire, aktiviti malam pungguk pun ada...Cik Aqma memang suka libatkan diri dalam aktiviti macam ni. Macam-macam benda yang kita boleh belajar.
Pemimpin-pemimpian Kelana Pontian ni memang dasyat2, banyak tul idea diorang. Bestlah. Harapan Cik Aqma agar ramai lagi yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti2 sebegini. Tak rugi pun. Banyak ilmu dapat lagi tau.
Apepun Cik Aqma Happy sangat dapat join camping kali ni, selain dapat ilmu cik Aqma juga dapat kawan2 baru. Terima kasih buat seluruh warga SKJM..Sehingga berjumpa lagi...."Salam Pengakap..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan