Selasa, 11 Ogos 2009

Kembara Seni & Warisan Sejarah Pulau Pisang..

Salam perpaduan..Agak lama rasanya tak mencoretkan sesuatu pada blog ni. Sekarang ni sibuk sikit dengan macam2 kerja. Tapi itu semua kan lumrah sebagai orang yang bekerja. Walau sesibuk mana sekalipun Tuhan anugerahkan masa 24 jam untuk kita uruskan dengan sebaik2nya. Jadi kenalah pandai2 bahagikan masa betul2 ye tak?
 
 Ajak diberi penghormatan untuk menjadi komanden....
 
Bergambar bersama YB Hj. Ahmad B. Hj. Maslan... 
Baiklah, sebenarnya disini Aqma ingin berkongsi satu pengalaman yang cukup menarik dan paling indah yang terjadi baru2 ni. Tanggal 09.08.2009, Ahad merupakan detik yang amat bersejarah pada diri Aqma dan rakan2 Kelana kerana diberi peluang untuk mengikuti Kembara Seni & Warisan Sejarah Pulau Pisang anjuran Pejabat Ahli Parlimen Pontian, Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Pontian. Persatuan Penulis Negeri Johor, Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Selatan dan Kerajaan Negeri Johor ke Pulau Pisang pulau yang terletak di perairan Pontian, perairan Selat Melaka.
 
together 4 eva & eva.... 

 Babai Alam...Amy mane??? Dok belakang tak nampak..hehehe.
Sebenarnya Aqma sendiri dah menyimpan lama hasrat untuk pergi ke Pulau Pisang. Hasrat dan impian menjadi kenyataan bila sahabat Aqma, Razak menawarkan untuk pergi ke pulau Pisang. Dikesempatan ini Aqma nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Razak dan Tn. Hj Khairi yang memberi peluang kepada kami untuk pergi ke Pulau yang hanya dapat dilihat dr jauh dr pinggiran laut Pontian. Kami diberi penghormatan untuk mengiring kumpulan penulis-penulis Johor dengan tujuan kesana membangkitkan usul dan resolusi yang berkaitan dengan Pulau Pisang. Satu penghormatan buat kami apabila dipilih ke sana membawa simulasi 'Panji-panji' dan menjaga keselamatan ahli kumpulan kembara. Lebih kurang 70 orang yang menyertai kembara ini yang bermula di jeti Wak Sehan, sg. Benut, Pontian. Pukul 8.15 pagi YB Hj Ahmad B. Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tiba bersama isteri untuk merasmikan Kembara tersebut.
 
hehehe..ajak berdiri cam pokok....hehehe 
 
Babai zaki.... 
Peluang hanya datang sekali, kalau ada lagi, lagilah seronok. Perasaan takut, bimbang, gementar...semua adalah. Bukan tak pernah pergi ke pulau tapi mungkin disebabkan pengembaraan kali ni menaiki bot nelayan agak mencabar, dapatlah menjiwai perasaan bagaimana menjadi seorang nelayan. Perjalanan ke Pulau Pisang mengambil masa lebih kurang 1 Jam 40 minit bermula dari Jeti Wak Sehan. Syukur keadaan cuaca pada masa tu amat baik. 3 bot nelayan dan satu bot laju dinaiki oleh peserta kembara. Pada awal perjalanan, satu bot yang dinaiki oleh wakil kelana iaitu Zaki rosak. Jadi sebahagian mereka dipindahkan ke dua bot nelayan. Kami hanya dapat berhubung dengan menggunakan 'walkie talkie'.
 
Ajax's.. 
 
Kaum wanita bersama isteri YB berga,b'gmbr sblm bertolak ke Pulau Pisang... 
Kami tiba lebih kurang jam 10.30 pagi. Selepas berehat, kami memulakan dengan aktiviti gotong-royong mengumpulkan botol-botol. Satu penerangan ringkas oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar tentang kesan pencemaran sampah2 dan botol-botol yang ada di sekitar kawasan pulau ini. Pada pukul 2 petang aktiviti diteruskan dengan mendaki ke puncak yang menempatkan Rumah Api. Mengikut cerita, walaupun Pulau Pisang terletak dalam perairan Malaysia, rumah api di pulau itu diuruskan oleh Singapura mengikut perjanjian antara Sultan Ibrahim dan kerajaan British pada 1900. Rumah api tersebut terletak kira-kira pada ketinggian 773m. Aqma dan rakan-rakan Kelana mengambil peluang yang ada untuk menjejakkan kaki ke Rumah Api tersebut. Alang-alang biarlah sampai ke atas kan. Sepanjang perjalanan ke Rumah Api tersebut Aqma dapat lihat hutan-hutan disini sebenarnya dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Cuma pada masa kami datang tu dah tak musim. Tapi dapatlah juga kami merasa buah mangga, jambu batu dan kedondong yang sangat enak. Itulah rezeki namanya. Buah-buhan kat sini semuanya manis, cantik isinya dan tak berulat walaupun dah jatuh ke tanah lama. Tak hairanlah kalau musim buah pemilik dusun akan mengambil buah-buahan di pulau ini dan dijual di bandar Pontian dengan harga yang agak tinggilah...hehehe..Tapi isi memang cantik dan manis...
 
Inilah Rumah Api..Pulau Pisang 
 
Depan Rumah Api... 

Terdapat juga lebih 70 kubur lama yang kami ada di kawasan tersebut. Kubur tersebut merupakan kubur penduduk yang tinggal disini dan meninggal dunia di Pulau Pisang. Dahulu Pulau pisang ni ada penempatan kecil, tetapi dipindahkan ke tanah besar iaitu Pontian satu ketika dahulu atas seba-sebab tertentu.
 
Sebahagian tapak kubur lama yang masih kekal... 
 
Akhirnya tercapai impian Aqma untuk menjejakkan kaki ke pulau pisang. Bila duduk di tepi Pantai Pontian memang dapat lihat Pulau Pisang, tapi orang kata kat sana takda orang..banyak batu...Tapi kelmarin, tanggal 09.08.2009 Aqma dah berjaya menjejakkan kaki ke pulau pisang..Seronok sangat-sangat....Sebagai anak jati Pontian, (walaupun lahir kat batu pahat) aqma rasa bangga kerana dibesarkan disini, di tempat yang tidak kurang hebatnya, tempat yang penuh keindahan alam ciptaan Tuhan dan selain itu juga Pulau Pisang yang terletak di perairan pontian yang perlu dipertahankan agar tidak jatuh ke tangan pihak lain. Pengembaraan kali ini cukup meninggalkan kesan yang amat manis dan bersejarah buat kami berenam..6 sekawan yang terpilih untuk ke Pulau Pisang...Ajak, Helmy, Alam, Zaki, Kak Noti & sayalah Aqma...Jangan sedih pada kawan2 yang tak dapat pergi..ada peluang kita pergi k...Lan dah offer nak pi..so, kenalah kumpul duit beli diesel..hehehe....Oklah..kepada kawan-kawan..Sempena bulan kemerdekaan ni sama-samalah kita bangkit dgn semangat yang lebih tinggi, berganding bahu demi kedaulatan Agama, Bangsa dan juga Tanahair kita.... '1 malaysia'.....
 
Alam, Kak Noti, aku, Ajak, Hj. Khairi, Zaki, Helmy, Kak sape ek..lupe..dan Isteri hj Khairi...
"Kami nak balik dah.... "

Sempat pose muka ngah letih tapi tetap ceria..huhuhu kat homestay Parit Pinang, Benut..Pas balik dr Pulau Pisang..Malamnya pulak ada Malam Pusi tentang Pulau Pisang dan penyerahan Resolusi Pulau Pisang kepada YB Hj. Ahmad B. Hj. Maslan untuk dibentangkan di Parlimen nanti....
WARISAN 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan