Isnin, 22 Jun 2009

PERKHEMAHAN MOWGLI (pkk)

Salam... 2, 3 minggu ni aqma banyak habiskan masa dengan aktiviti berpengakapan. Sesekali perlu aktifkan diri dengan aktiviti yang pelik2 sikit. Nak hilang rasa penat kerja inilah salah satu caranya. Bukan tidor jek pengubat hilang penat. Melibatkan diri dengan aktiviti2 sosial sebegini amat menyeronokkan. Selain dapat kawan baru aqma juga dapat pengalaman baru. Betul tak?
Aktiviti Laung Agung...
Sahabat aku sorang ni mmg terror bab Malam Kebudayaan...
Aktiviti Malam Kebudayaan...
Oklah sebenarnya aqma nak cerita sikit tentang aktiviti Pengakap Daerah baru-baru ni. Cuti sekolah lalu aqma dapat surat dari PPM Daerah yang mana memaklumkan tentang program Perkhemahan Mowgli Pengakap Kanak-Kanak. Perkhemahan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2009. So, aqma ambil keputusan untuk bawa anak-anak murid ke Perkhemahan tersebut. Bukan selalu pun.
Nilah QM yang membantu aku masak..huhuhu..ade plak kakwik nuu..
Budak2 ngah belajar Ikatan...
Perkhemahan tersebut diadakan di SK Sg. Durian, Kukup. Aqma bawa budak 10 orang, paling ramai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Laung agung, ikatan, pertolongan cemas, Malam kebudayaan & banyak lagilah. Bukan setakat anak murid jek happy, cg. aqma pun enjoy sangat sebab jumpe geng2 kelana dan semestinye sahabat sejati cg. aqma pun ada bersama.
Untuk kak Norti, selamat menyertai kumpulan kami.  Buat Madi, jangan patah semangat. Pasni ade banyak lagi cabaran2 yang perlu ditempuh. Bestlah... walaupun ade masalah sikit mase program ni dijalankan. Apepun aqma happy sangat walaupun penat..sebabnya ada bersama kawan2 yang sentiasa buat gempak mase aktiviti ni. Salam Pengakap!!!

p/s : Tak dapat nak join program sabtu ni..uwaa!!..ade kelaslah...huhuhu

Rabu, 17 Jun 2009

Cerita Cuti...

Salam.... Rasa malas sikit nak edit blog. Apepun cuti sekolah kali ni sibuk sikit. Namun demikian Cik Aqma dapat meluangkan masa untuk menyertai Perkhemahan Pengakap SK Jaya Mulia di hari-hari terakhir cuti sekolah baru2 ni. Emm..cam biasalah orang yang sentiasa bg support untuk menyibukkan diri dlm aktiviti sebegini, tak lain tak bukan Mr. Ajak lah.
Perkhemahan Asas PKK SK Jaya Mulia berlangsung selama 3 hari iaitu 10 hingga 12 Jun. Cik Aqma cuba gaklah luangkan masa. First day sampai kat SKJM agak lewat sikit, mereka diberi peluang untuk mendirikan khemah sambil dibimbing oleh pemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri daripada Kelana-Kelana D Pontian. Sempat gak Cik Aqma berkenal-kenalan dengan cikgu2 SKJM. Ramah semuanya.
SKJM merupakan sekolah Kurang Murid. Muridnya cuma lebih kurang 70 orang. Yang membuatkan cik Aqma terkejut, murid tahun 5 cuma ada 5 orang sahaja. Ish..ish...murid2 yang menyertai perkhemahan ini adalah lebih kurang 35 orang gitu.
Oklah sekarang nak cerita pasal aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mendidirkan khemah, nyanyian, 'Treasure Hunt', Malam Kebudayaan, Camp Fire, aktiviti malam pungguk pun ada...Cik Aqma memang suka libatkan diri dalam aktiviti macam ni. Macam-macam benda yang kita boleh belajar.
Pemimpin-pemimpian Kelana Pontian ni memang dasyat2, banyak tul idea diorang. Bestlah. Harapan Cik Aqma agar ramai lagi yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti2 sebegini. Tak rugi pun. Banyak ilmu dapat lagi tau.

Apepun Cik Aqma Happy sangat dapat join camping kali ni, selain dapat ilmu cik Aqma juga dapat kawan2 baru. Terima kasih buat seluruh warga SKJM..Sehingga berjumpa lagi...."Salam Pengakap..."

Selasa, 9 Jun 2009

Nilai Keikhlasan....

****NiLaI KeIkHLaSaN****

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:
"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …".
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.
"Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …
"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan …" jawab isterinya.
Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata,
"aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …"
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya … bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis …
P/s: SeBeLuM KiTa MeNcArI KeKuRaNgAn OrAnG LaIn..CaRiLaH KeKuRaNgAn DiRi SeNdIrI..AdAkAh KiTa CuKuP SEMPURNA UnTuK DiBaNdInGkAn DeNgAn OrAnG LaIn???
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…
Wallahualam
"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH."

Isnin, 8 Jun 2009

I'm back...

Salam buat semua kengkawan..Aqma kembali lagi setelah seminggu menyepikan diri. Huhuhu...Ketiadaan empunya "Kisahkaseh" ni bukan direka-reka tapi demi menunaikan tanggungjawab dan cita-cita yang telah terpendam lama. Mendaftarkan diri sebagai 'warga' USM dan selama 4 hari di sana cukup membuatkan hati ini betul2 gembira. Satu permulaan untuk merealisasikan segala impian yang telah terkubur lama...dan mudah2an segala cita-cita akan dimakbulkan dalam masa 4 tahun lagi Insyaallah.
Sepanjang 4 hari berada kat sana banyak sangat cerita kelakar yang berlaku. Faham2 jelah mendaftar sebagai pelajar PJJ bukan mcm budak2 full time. Semua kena buat sendiri...maklumlah dah tua-tua baru nak belajar..ops!! Belum tua lagi..hehehe...Apepun mujur ada kawan-kawan yang Aqma kenal. Takdalah segan sangat kan. Thanks 4 kak chik, haida & kengkawan lain yang banyak membantu. Dan yang paling best Aqma dapat ramai kawan2 baru!!!....Selamat Belajar buat semua student baru PJJUSM 09/10...Chaiyok!!!
p/s: to Kamal, Mahathir & Haida...den takkan lupo kes naik bas tu...huhuhuhu...berpoloh den!!Hahahaha....