Rabu, 25 April 2012

Pemulihan versus LINUS???

Assalamualaikum kawan2...salam 1 Malaysia...

Sejak akhir-akhir ini dunia pendidikan melalui pelbagai perubahan demi perubahan demi untuk membangunkan generasi yang berilmu dan mempunyai masa depan yang cerah. Untuk permulaan Kementerian Pelajaran berusaha untuk mengatasi masalah buta huruf atau masalah tidak menguasai 3M iaitu 'Menulis', 'Membaca' dan 'Mengira'.

PEMULIHAN KHAS...KIA 2M....PROTIM....LINUS...
Jika dahulu setiap sekolah mempunyai Program Pemulihan khas dimana murid pemulihan adalah dikalangan murid yang tidak menguasai 3M bermula dari tahun 2 hingga 6. Program Pemulihan Khas dilaksanakan selepas murid melalui Ujian Saringan dan murid yang tidak menguasai akan menjalani Ujian Diagnostik untuk menentukan kemahiran yang mereka tidak kuasai. Selepas itu Program KIA 2M yang dijalankan ke atas murid tahun 1 juga untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran 'Menulis' dan 'Membaca' dan murid tersebut akan di hantar ke kelas Pemulihan Khas. Selepas program KIA 2M, program PROTIM iaitu program pemulihan untuk murid tahun 4, 5 dan 6 dilaksanakan juga untuk mengatasi masalah 3M. Murid akan mengikuti ujian Praujian dan pelaksanaaan program pemulihan dalam kelas dilaksanakan dan seterusnya ujian Pasca yang dilaksanakan pada bulan Oktober. Satu lagi program yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah 3M iaitu Program LINUS (Literasi dan Numerasi) untuk murid tahun 1, 2 dan 3 yang telah sampai ke peringkat Kohort 3(Tahun 1) telah dilaksanakan di sekolah untuk mengatasi masalah 3M dikalangan murid-murid sekolah rendah. Baru-baru ini telah dilaksanakan Ujian Saringan Khas untuk murid tahun 3 Kohort 1 serentak seluruh Malaysia mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program LINUS dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu murid Aras Perdana, LINUS dan LINUS Tegar. Murid LINUS dan Arus Perdana akan dijalankan oleh guru LINUS manakala LINUS Tegar dijalankan oleh Guru Pemulihan atau Guru Pemulihan LINUS. Murid LINUS Tegar yang dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran akan mengikuti ujian Pengesanan Khas Disleksia untuk dihantar ke Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

MENGALAMI KESUKARAN....BERJAYA ATAU TIDAK MENGATASINYA???
Pengalaman menjadi Penyelaras Program LINUS sekolah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui permasalahan yang timbul dikalangan guru-guru LINUS dan guru-guru Pemulihan. Kedua-duanya mempunyai perbezaan pendapat. Luahan rasa mereka yang pada awalnya mengalami kesulitan untuk menjelaskan kepada guru Pemulihan dan barisan pentadbir tentang pelaksanaan LINUS di sekolah menjadi isu yang hangat. Guru Pemulihan yang mengajar murid LINUS Tegar juga pada awalnya agak kelam kabut dan keliru untuk menjalankan program ini kerana mereka bukan sahaja megajar murid LINUS tetapi mereka juga perlu berdepan dengan murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6. Hendak menentukan, menyusun jadual waktu sendiri juga mengalami kesukaran. Namun, semua itu bukan alasan untuk kita tidak melaksanakannya. dengan baik. Dengan bantuan dan sokongan dari pihak sekolah, barisan pentadbir, guru-guru dan juga Fasilinus semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Guru Pemulihan untuk mengajar murid yang lemah walaupun murid LINUS Tegar telah tiada. Berjaya atau tidak semuanya terletak di tangan kita. Tanpa usaha semuanya tidak akan berjaya...Semoga program ini akan berjaya dan terus dipertingkatkan demi anak bangsa...amin...

Adios...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan