Jumaat, 27 April 2012

TAHNIAH!!!

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia...

Admin nak ucapkan tahniah kepada anak murid Ahmad Afif Bin Mohd Adabi yang telah berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Hafazan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Pontian dan Naib Johan Hafazan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat negeri Johor yang diadakan di Segamat baru-baru ini. Tahniah Afif dan semoga Afif akan terus berjaya dalam Kokurikulum dan juga pelajaran juga.....

Ahmad Afif bersama Ustazah Shuryani


Rabu, 25 April 2012

Pemulihan versus LINUS???

Assalamualaikum kawan2...salam 1 Malaysia...

Sejak akhir-akhir ini dunia pendidikan melalui pelbagai perubahan demi perubahan demi untuk membangunkan generasi yang berilmu dan mempunyai masa depan yang cerah. Untuk permulaan Kementerian Pelajaran berusaha untuk mengatasi masalah buta huruf atau masalah tidak menguasai 3M iaitu 'Menulis', 'Membaca' dan 'Mengira'.

PEMULIHAN KHAS...KIA 2M....PROTIM....LINUS...
Jika dahulu setiap sekolah mempunyai Program Pemulihan khas dimana murid pemulihan adalah dikalangan murid yang tidak menguasai 3M bermula dari tahun 2 hingga 6. Program Pemulihan Khas dilaksanakan selepas murid melalui Ujian Saringan dan murid yang tidak menguasai akan menjalani Ujian Diagnostik untuk menentukan kemahiran yang mereka tidak kuasai. Selepas itu Program KIA 2M yang dijalankan ke atas murid tahun 1 juga untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran 'Menulis' dan 'Membaca' dan murid tersebut akan di hantar ke kelas Pemulihan Khas. Selepas program KIA 2M, program PROTIM iaitu program pemulihan untuk murid tahun 4, 5 dan 6 dilaksanakan juga untuk mengatasi masalah 3M. Murid akan mengikuti ujian Praujian dan pelaksanaaan program pemulihan dalam kelas dilaksanakan dan seterusnya ujian Pasca yang dilaksanakan pada bulan Oktober. Satu lagi program yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah 3M iaitu Program LINUS (Literasi dan Numerasi) untuk murid tahun 1, 2 dan 3 yang telah sampai ke peringkat Kohort 3(Tahun 1) telah dilaksanakan di sekolah untuk mengatasi masalah 3M dikalangan murid-murid sekolah rendah. Baru-baru ini telah dilaksanakan Ujian Saringan Khas untuk murid tahun 3 Kohort 1 serentak seluruh Malaysia mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program LINUS dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu murid Aras Perdana, LINUS dan LINUS Tegar. Murid LINUS dan Arus Perdana akan dijalankan oleh guru LINUS manakala LINUS Tegar dijalankan oleh Guru Pemulihan atau Guru Pemulihan LINUS. Murid LINUS Tegar yang dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran akan mengikuti ujian Pengesanan Khas Disleksia untuk dihantar ke Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

MENGALAMI KESUKARAN....BERJAYA ATAU TIDAK MENGATASINYA???
Pengalaman menjadi Penyelaras Program LINUS sekolah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui permasalahan yang timbul dikalangan guru-guru LINUS dan guru-guru Pemulihan. Kedua-duanya mempunyai perbezaan pendapat. Luahan rasa mereka yang pada awalnya mengalami kesulitan untuk menjelaskan kepada guru Pemulihan dan barisan pentadbir tentang pelaksanaan LINUS di sekolah menjadi isu yang hangat. Guru Pemulihan yang mengajar murid LINUS Tegar juga pada awalnya agak kelam kabut dan keliru untuk menjalankan program ini kerana mereka bukan sahaja megajar murid LINUS tetapi mereka juga perlu berdepan dengan murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6. Hendak menentukan, menyusun jadual waktu sendiri juga mengalami kesukaran. Namun, semua itu bukan alasan untuk kita tidak melaksanakannya. dengan baik. Dengan bantuan dan sokongan dari pihak sekolah, barisan pentadbir, guru-guru dan juga Fasilinus semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Guru Pemulihan untuk mengajar murid yang lemah walaupun murid LINUS Tegar telah tiada. Berjaya atau tidak semuanya terletak di tangan kita. Tanpa usaha semuanya tidak akan berjaya...Semoga program ini akan berjaya dan terus dipertingkatkan demi anak bangsa...amin...

Adios...

Khamis, 19 April 2012

Tamat sudah...

Assalamualaikum w.b.t & salam perpaduan

Hari ni tamat sudah segala penantian dan kepenatan. Letih mengajar kawad dan alhamdulillah walaupun tak seberapa hasilnya tapi cukup membanggakan. hehehe..sayang anak-anak cikgu. Masuk bertanding bukan untuk menang tapi nak bagi pengalaman...semuanya berjalan dengan lancar...Insyaallah ade rezeki thn dpn cuba lagi...tahniah buat SK Sri Bunian dan SK Parit Patah johan kategori lelaki dan perempuan peringkat daerah pontian...selamat ke pertandingan seterusnya...all the best!!








Sabtu, 7 April 2012

Latihan Kawad Kaki...

Assalamualaiku w.b.t

Lame gak tak berblog...agak sibuk sejak2 ni menguruskan banyak perkara. Untuk hari ni saja saya cuba melaksanakan tanggungjawab melatih kawad kaki untuk anak-anakku ke pertandingan Kawad kaki peringkat Daerah Pontian pada 18 April 2012. Hanya tinggal 2 minggu saja lebih kurang untuk melatih mereka. Macam tak cukup masa je kan...tapi daku cuba jugalah sedaya upaya. Untuk tahun ni sahaja penyertaan untuk sekolah rendah semakin kurang memberangsangkan. Mungkin mereka yang lain memikirkan betapa semua ni tidak penting. Tetapi pada daku inilah salah satu cara untuk mengajar mereka mendisiplinkan diri. Daku sangat-sangat menggalakkan adik-adik yang di sekolah rendah untuk belajar 'Kawad kaki'. Untuk menyertai pertandingan sebegini daku harus meyakinkan ibu bapa dan guru-guru lain bahawa walaupun mereka terpaksa berkorban masa belajar tapi akan cuba pastikan yang mereka tidak mengabaikan pelajaran mereka. Apa yang penting mereka dapat satu pengalaman yang baru. Oklah semoga daku akan buat yang terbaik untuk kumpulan kawad kaki sekolah...insyaallah... Selamat berlatih anak-anak cikgu!!



Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia


Berkuatkuasa 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia Ke 12 di Terengganu baru - baru ini.




 Nota : Sumber gambar dan maklumat oleh PPMNJ-Pentadbiran

PENGUATKUASAAN KAD KEAHLIAN DALAM SEMUA AKTIVITI PENGAKAP




Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor pada tahun 2012 akan menjalankan operasi penguatkuasaan yang lebih tegas dalam usaha meningkatkan bilangan pendaftaran kumpulan dan keahlian.

(1) semua calon Pengakap Raja tahun 2012 diwajibkan   mengemukakan kad keahlian 2012 (terkini)
(2) dalam semua penyertaan aktiviti Pengakap dari peringkat kumpulan (sekolah) hingga ke peringkat antarabangsa hendaklah menunjukkan bukti kad keahlian
(3) surat peringatan dan makluman melalui JPN Johor / Pejabat Pelajaran Daerah telah dihantar ke sekolah-sekolah (kumpulan)
(4) masa untuk mendaftar juga dilanjutkan sehingga bulan Ogos 2012
(5) jika berlaku kehilangan kad keahlian, pemilik kad boleh memohon kad keahlian baru dari PPM Daerah/PPM Negeri

Khamis, 5 April 2012

KAD KEAHLIAN PENGAKAP NEGERI JOHOR TAHUN 2012



Tarikh : 25 Mac 2012
Hari : Ahad
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh


Sukacitanya dimaklumkan bahawa kad keahlian keluaran terkini bagi pendaftaran keahlian Pengakap tahun 2012 telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah atau wakil rasminya. Para pemimpin mendapatkan kad berkenaan jika telah membuat pembayaran pendaftaran.


Keutamaan akan diberikan kepada kumpulan yang mendaftar awal. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung terus kepada Pesuruhjaya Daerah atau Urusetia Pengurusan Pendaftaran Pengakap di daerah masing-masing.