Ahad, 29 Januari 2012

intensive again....

Assalamualaikum w.b.t

29 Januari 2012 maka bermula kembali detik-detik berjuang dengan buku dan yang seangkatan dengannya. Saya dah kat USM ....!!!! Kali ni intensive class tak lama dan sesi akedemik pun sdh bertukar dr bulan Disember kepada bulan Januari dan hanya 2 minggu sahaja kami perlu berada disini. Untuk intensive kali ini daku ditemani Mid & Haida (roomate dr awal). Mid yang dari awal nampak menggelabah sebab pertama kali masuk kelas intensif. Hehehhe... Kami bertolak jam 11.30 malam dan perjalanan kami yang agak mengantuk, silih ganti stering bertukar tangan kerana terlalu mengantuk dan akhirnya kami tiba di Desa Restu pada jam 9.30 pagi.

Pintu masuk Desa Restu, Saujana dan Tekun

Alhamdulillah dapat terus daftar bilik. Tersangatlah penat maka kami 'lepak' di bilik masing2 dan terus dibuai mimpi sehingga tidak perasan jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Hais!! dasyat...seb baik leh jamak solat...tanpa berlengah dan baru terasa perut dh lapar dan member dah bising sbb perut lapar maka dengan itu terus mandi dan bersiap untuk pi melantaq!!nak tau kami melantaq ape...hehehe...jeng..jeng..jeng...

Mee Udang Pulau Sayak

Alhamdulillah, sungguh lazat tidak terkata. Pertama kali makan mee udang yang sangat sedap. Nilah mee udang Pulau Sayak. Jauh kan pi cari makan..Ni semua angkara cik Siti fatimah yang kebetulan ada di kampungnya. Apepun terima kasih pada ema yang sudi bawak kami ke Pulau Sayak. Bila dah kenyang mata pun dah layu. Pagi-pagi esok kena awal2 pi mendaftar...jadi kami teruskan perjalanan pulang ke desa dan esok bermula kembali episod kami di menara gading....sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan