Ahad, 29 Januari 2012

intensive again....

Assalamualaikum w.b.t

29 Januari 2012 maka bermula kembali detik-detik berjuang dengan buku dan yang seangkatan dengannya. Saya dah kat USM ....!!!! Kali ni intensive class tak lama dan sesi akedemik pun sdh bertukar dr bulan Disember kepada bulan Januari dan hanya 2 minggu sahaja kami perlu berada disini. Untuk intensive kali ini daku ditemani Mid & Haida (roomate dr awal). Mid yang dari awal nampak menggelabah sebab pertama kali masuk kelas intensif. Hehehhe... Kami bertolak jam 11.30 malam dan perjalanan kami yang agak mengantuk, silih ganti stering bertukar tangan kerana terlalu mengantuk dan akhirnya kami tiba di Desa Restu pada jam 9.30 pagi.

Pintu masuk Desa Restu, Saujana dan Tekun

Alhamdulillah dapat terus daftar bilik. Tersangatlah penat maka kami 'lepak' di bilik masing2 dan terus dibuai mimpi sehingga tidak perasan jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Hais!! dasyat...seb baik leh jamak solat...tanpa berlengah dan baru terasa perut dh lapar dan member dah bising sbb perut lapar maka dengan itu terus mandi dan bersiap untuk pi melantaq!!nak tau kami melantaq ape...hehehe...jeng..jeng..jeng...

Mee Udang Pulau Sayak

Alhamdulillah, sungguh lazat tidak terkata. Pertama kali makan mee udang yang sangat sedap. Nilah mee udang Pulau Sayak. Jauh kan pi cari makan..Ni semua angkara cik Siti fatimah yang kebetulan ada di kampungnya. Apepun terima kasih pada ema yang sudi bawak kami ke Pulau Sayak. Bila dah kenyang mata pun dah layu. Pagi-pagi esok kena awal2 pi mendaftar...jadi kami teruskan perjalanan pulang ke desa dan esok bermula kembali episod kami di menara gading....sekian...

Jumaat, 13 Januari 2012

Januari yang Sibuk...

Assalamualaikum w.b.t

Januari yang sibuk ...begitulah alkisah yang nak diceritakan. Macam-macam kerja sejak sekolah bermula. Tak lupa juga dengan assignment yang perlu disiapkan sebelum pergi Intensif ujung bulan nanti. Tak menang tangan dibuatnya. Tapi insyaallah...kuatkan hati, tingkatkan kesabaran selesaikan dengan cara yang paling baik. Rasa sedih belum hilang sebab ada kawan-kawan yang telah meninggalkan sekolah dan ada juga yang akan meninggalkan sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab yang lain.


Tahniah buat kak afzan sebab dapat tukar sekolah, tapi sedih kami kerana kehilangan seorang guru, seorang sahabat yang sangat kelakar, sangat komited terhadap kerja. Mesti kami akan rindukan kakafzan. Tambah sedih Hani pula akan berpindah...minggu akhir bersama hani...taknak tunjukkan rasa sedih, biar simpan dalam hati. Kalau sedih lagi susah, yang penting masih keep in touch kan..kan... Sekolah agak huru hara sebab ramai cikgu takde kat sek...yang cuti bersalin, yang akan berpindah, yang akan pencen...yang dah berpindah, maka memang tak cukup guru. Dengan rela hati saya tawarkan diri untuk mengajar tahun dua. Kalau JPN tau mau kena nih...tapi sebab untuk selamatkan keadaan harap mereka faham. Kelas tak tutup tapi berpindah ke tahun 2 untuk sementara. Mudah2an semuanya berjalan dengan lancar...amin....

Jumaat, 6 Januari 2012

apam polka dot again!!!

Sekali lagi mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya dan akhirnya... yang ini istimewa buat hani. Hari terakhir bersama hani... to hani "akak takde hadiah istimewa buat hani utk dibawa balik ke florida, hanya kenangan kita bersama selama 4 thn di SKR bersama2 kak afzan & kakbib...semuanya amat indah...semoga hani & nathan sihat selalu dan cepat2 dapat baby k..."