Hari ini telah bermulanya cuti sekolah yang sangat dinantikan oleh aqma dan semua murid-murid sekolah...betul kan...Dalam suka sebenarnya jauh di sudut hati aqma berasa sedih kerana akan berpisah dengan anak-anak murid. Bukan kerana bertukar, walaupun hanya berpisah kerana cuti sekolah bermula entah kenapa rasa sedih dan saya akan selalu rasa rindu dengan keletah anak-anak SKR yang sangat ceria. Teringat juga pada murid-murid semasa di kepong. Aqma rasa rindu yang teramat sangat pada mereka semua. Baru saya sedar ada diantara mereka yang telah melangkah ke Universiti. 7 tahun sudah aqma berada dalam dunia pendidikan, dan 7 tahun juga saya mempelajari banyak perkara.

Sayu melihat wajah mereka, kawan2 juga turut rasa keadaan yang sama. Sedih untuk biarkan mereka pergi ke sekolah menengah..sayu hati melihat mereka membesar di hadapan kita dengan pelbagai keletah dan sikap. Saya bertekad dan berjanji akan buat yang terbaik untuk mereka, supaya mereka berjaya kelak...Rasa sedih saya pendamkan...dan kini bermula kembali tanggungjawab yang harus diselesaikan..USM sedang menanti..menanti kehadiran kami-kami yang berharap agar dapat menyarung jubah ijazah dalam tempoh 3 tahun lagi insyaallah. Impian saya akan saya laksanakan, walau apa jua halangan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan