Jumaat, 31 Disember 2010

Family Day...


Cuti sekolah ni memang penuh jadualku. Mana taknya habis kelas Intensif USM sibuk pula dengan family day. Sebenarnya aku memang menunggu-nunggu saat ni. Saat yang dinantikan tiba jua akhirnya. Pertama kali keluarga sebelah arwah ayah mengadakan hari keluarga yang diadakan di D' Punggai Chalet, Teluk Ramunia. Tempahan dah dibuat seawal 2 bulan. Survey chalet, cari tempat yg paling best dan akhirnya kami pilih D'Punggai Chalet sebagai tempat untuk mengadakan 'Family Day'. Akhirnya, impian nak mengadakan hari keluarga ini terlaksana.



25 Dis/9.45 pagi - Bertolak dari rumah menuju ke Teluk Ramunia (agak lambat sikit sebab siapkan ayam untuk BBQ malam). Kami sekeluarga melalui jalan Gunung Pulai-Kulai-Kota Tinggi-Teluk Ramunia. Kami tiba dalam jam 12.00 tengahari. Perjalanan agak perlahan sebab banyak kenderaan yang menuju ke Desaru. Maklumlah hari cuti (Krismas mase tu) ramailah yang sibuk kesana ke sani untuk berkumpul bersama keluarga. Oklah, kami sampai di chalet dan disambut dengan pengumuman dari cikalim yang kami dah sampai (mentang2 kami sampai lambat saje je bikin announcement..malu..malu..) padahal ade lagi sebenarnya yang belum sampai. Dapat t-shirt terus tukar baju & perut pun sudah lapar kami pun melantaklah dulu.

2.00 ptg - Acara dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ciknab sebagai Penaung Generasi Hj. Hassan & Hjh. Asiah dan sedikit kata putus mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pastu kami laksanakan sesi bergambar mengikut generasi...cucu, anak sedara..pastu makcik&pakcik...macam2 gelagat...sememangnya keluarga kami mmg ceria dengan gelak ketawa. Sayang, adik aku yana tak dapat balik. Kalau dia ade mesti lagi kecoh dibuatnya.

4.30 ptg - Pada sebelah petang acara diteruskan dengan sukaneka. Acara yang sangat2 best dan kelakar. Lucu melihat gelagat makcik2 dan sepupu yang terlibat dengan acara. macam2 ragam. Antara acara yang dijalankan ialah 'Kingkong Walk', Bowling kelapa, lari dalam guni, bawa bola dlm sudu, baling belon..emm...macam2 lagilah...


6.00 ptg - operasi terjah laut..huhuu...dh lame benar tak mandi laut..ape lagi tanpa buang mase aku dan sepupu2 semua terus terjun laut...uwahahhaha!!!sangat best...ptg tu ramai pengunjung2 punggai..ade yang berkhemah lagi..emm..syok nih kalau dpt cmping. balik nih comfirm aku bagitau kat budak2 kelana tentang Punggai. Emak paling risau bila aku sebut nak mandi laut. Sebenarnya beliau tak bagi...tapi aku yakinkan emak yang aku akan jaga diri. Ish..mane leh tahan..tgk kazen2 aku jek mandi laut...huhuhu...akhirnya pas kebenaran diperoleh..hehehe...

8.30 mlm - acara diteruskan dgn BBQ & karaoke oleh semua ahli keluarga. Maka berkaraokelah kami2 smua sehingga pukul 11.30 mlm. Yang plg best sepupu2 aku ajak wat poco2..hahhaha..biasalah otainye aku & Emil..gasak! Leh tahan gak diorg nih..baru belajar tp terus dpt wat..cpt diorg belaja..lps poco2, chicken dance plak..pastu berzapin plak...pas zapin dangdut pulak..gasak!Tapi yang pasti malam tu mmg best dan sangat2 best....


8.00pg - disebabkan kepenatan yg teramat sgt akibat berpoco2 mlm semua aktiviti senam pg yg sepaptutnye aku kendali tak jadi..sbb aku terlewat bgn..hehehe..ampun!! Sudahnya aku terus sarapan pagi jelah..heheh...Pg tu kami wat sesi permainan jek...macam2 gelagat makcik2 & pakcik2 aku tu...aku tak larat nak ketawa sbb diorg asyik buat lawak..huhuhu...

11.00 pg - acara penutup & penyampaian hadiah untuk pemenang2 pertandingan. Tahniah buat sepu2ku dan makcik2ku yg menang hadiah pertandinga..heheh...terima kasih juga pada yg bg sponsor semua...mmg best dan tak sia2 buat program nih..insyaallah thn dpn kita buat kat tmpat yang lagi best. pas hbs makan, sesi bergambar terakhir sblm pulang ke rumah masing2.

Terasa seronok sangat dpt berkumpul beramai2..alhamdulillah semuanya telah selamat..mudah2an thn dpn dpt kumpyl lagi dan buat aktiviti yg lg best..mudah2an..terima kasih buat makcik2 & pakcik2ku..terima kasih juga buat sepupu2ku..terima kasih buat semua...aku sayang mereka..teramat sayang..kalau ayah masih ada pasti ayah pun gembira..

Isnin, 20 Disember 2010

Gembira pulang tapi sedih meninggalkan

"Beratnya rasa hati nak melangkah pergi…"..heheh…antara baris lirik lagu Kerana Terluka ~ Nurul. Tapi bukan sebab terluka tapi sedih nak meninggalkan USM. Jauh disudut hati walaupun gembira dan rindu sangat nak balik kampung tapi sebenarnya aku sedih nak tinggalkan USM. Setahun lagilah nampaknya baru dapat pergi sana dan jumpa kawan-kawan. Rindu kat diorang semua….terasa sangat. Tapi sedapkan hati kerana ilmu aku kesana.





Alhamdulillah, aku rasa bersyukur dikurniakan kawan2 yang sangat memahami dan ‘sporting’. Sentiasa memberi semangat yang tak putus2 untuk terus berjaya. Masa yang kami luangkan bersama amat2 bermakna. Terima kasih kwn2….Mudah2an kita berjumpa lagi tahun depan. Korang sangat sweetttttt 
Miss u all alwiz….




Selasa, 14 Disember 2010

Lagu Teman ~ The lion StoRy Ft Zahidah



Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan
  
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu










Terima kasih buat teman2 yg sentiasa berada disamping saya ,
berkongsi suka duka tawa...apa yg penting
SAYANG KAMO..KAMO!!





Selasa, 23 November 2010

e-penyata gaji

Salam...
Makluman kepada semua penjawat awam/kakitangan awam, bermula bulan Oktober 2010 slip gaji tidak akan diedarkan seperti biasa. Semua penjawat / kakitangan awam dikehendaki muat turun dan mencetak sendiri Penyata Pendapatan tahunan dan slip gaji bulanan dalam laman web ANM. Untuk melayari laman tersebut semua penjawat / kakitangan awam dikehendaki melayari :

1) Jabatan Akauntan Negara (klik sini)
atau 
2) e-penyatagaji (klik sini)



Selepas ni mesti ada cerita-cerita yang best dan yang tak best dari sape2 yang menjawat jawatan awam dek kerana e-penyata ini. Apepun, sebagai rakyat Malaysia kita kena menerima setiap perubahan dengan positif. Selamat melayari..... 

Jumaat, 12 November 2010

UPSR 2010

Salam...
Akhir-akhir ini aqma agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah dan juga assignment yang perlu disiapkan. Tambahan pula cuti sekolah hampir tiba 2 minggu lagi. Maka blog Kisahkaseh ni memang dah lama tidak ber'update'. Hari ini tergerak hati ni untuk update blog yang dah mula bersawang ni...heheheh...




Sebenarnya hari ini seluruh negara meraikan kecemerlangan murid-murid yang cemerlang dengan keputusan UPSR 2010 yang diumumkan siang tadi. Awal pagi Aqma dapat lihat wajah kerisauan cikgu-cikgu serta anak-anak SKR yang menunggu keputusan tiba. Alhamdulillah berkat kesungguhan cikgu-cikgu yang mengajar tahun 6 dan murid-murid tahun 6 sendiri, seramai 8 orang mendapat keputusan 5A, 5 orang mendapat 4A 1B dam seorang mendapat 3A 2B. Tahniah buat murid-murid SKR yang telah berjaya. Sekali lagi SKR mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Hadiah buat En. Samid (Guru Besar SKR) yang kini sedang terlantar sakit. Doa kami mudah-mudahan En. Samid cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.





Jelas terpancar di wajah mereka dengan keputusan yang diperoleh terutama cikgu2 yang mengajar tahun 6, Hani, Kakbib, kakafzan dan cg. baha. Aqma juga rasa teramat bangga dengan keputusan tersebut. Dan yang paling membuatkan Aqma gembira adalah anak-anak murid di kelas Pemulihan Aqma lulus matapelajaran BM dan Mathematics bagi peperiksaan akhir tahun 2010. Satu kepuasan mengajar mereka sehingga mereka dapat menulis dan mengira seperti murid-murid lain. Dan Aqma juga akan pastikan yang mereka juga akan mendapat keputusan UPSR yang baik akan datang, Insyaallah. Oklah sampai disini dahulu...dada!!!




Rabu, 20 Oktober 2010

Suka tapi sedey....

Hari ini telah bermulanya cuti sekolah yang sangat dinantikan oleh aqma dan semua murid-murid sekolah...betul kan...Dalam suka sebenarnya jauh di sudut hati aqma berasa sedih kerana akan berpisah dengan anak-anak murid. Bukan kerana bertukar, walaupun hanya berpisah kerana cuti sekolah bermula entah kenapa rasa sedih dan saya akan selalu rasa rindu dengan keletah anak-anak SKR yang sangat ceria. Teringat juga pada murid-murid semasa di kepong. Aqma rasa rindu yang teramat sangat pada mereka semua. Baru saya sedar ada diantara mereka yang telah melangkah ke Universiti. 7 tahun sudah aqma berada dalam dunia pendidikan, dan 7 tahun juga saya mempelajari banyak perkara.



Hari ini telah bermulanya cuti sekolah yang sangat dinantikan oleh aqma dan semua murid-murid sekolah...betul kan...Dalam suka sebenarnya jauh di sudut hati aqma berasa sedih kerana akan berpisah dengan anak-anak murid. Bukan kerana bertukar, walaupun hanya berpisah kerana cuti sekolah bermula entah kenapa rasa sedih dan saya akan selalu rasa rindu dengan keletah anak-anak SKR yang sangat ceria. Teringat juga pada murid-murid semasa di kepong. Aqma rasa rindu yang teramat sangat pada mereka semua. Baru saya sedar ada diantara mereka yang telah melangkah ke Universiti. 7 tahun sudah aqma berada dalam dunia pendidikan, dan 7 tahun juga saya mempelajari banyak perkara.



Sayu melihat wajah mereka, kawan2 juga turut rasa keadaan yang sama. Sedih untuk biarkan mereka pergi ke sekolah menengah..sayu hati melihat mereka membesar di hadapan kita dengan pelbagai keletah dan sikap. Saya bertekad dan berjanji akan buat yang terbaik untuk mereka, supaya mereka berjaya kelak...Rasa sedih saya pendamkan...dan kini bermula kembali tanggungjawab yang harus diselesaikan..USM sedang menanti..menanti kehadiran kami-kami yang berharap agar dapat menyarung jubah ijazah dalam tempoh 3 tahun lagi insyaallah. Impian saya akan saya laksanakan, walau apa jua halangan...

Jumaat, 1 Oktober 2010

Siapa yang tak pernah menangis

Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa


Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?


Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa


Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu


Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri

Rabu, 4 Ogos 2010

25 Sya'ban

25 Sya'ban...mengingatkan saya tentang peristiwa yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Pada tarikh tersebut saya kehilangan insan yang paling saya sayang... Ayah....5 hari sebelum umat islam menyambut Ramadhan. Saya tak mungkin akan melupakan saat itu. Tergerak hati untuk balik bila mendengar ayah sakit. Arwah ayah tak pernah masuk hospital. Itulah pertama dan terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Gerak hatiku untuk pulang ke kampung tanpa menghiraukan keesokannya kerja. Niat di hati untuk menjenguk keadaan ayah...tapi rupa-rupanya hari tersebut ayah pergi untuk selamanya. Saya dan adik-adik tak sempat untuk melihat keadaan ayah...Ayah pergi  untuk selamanya tatkala saya hampir sampai di hospital. Waktu itu cuma emak sahaja yang berada disampingnya. Sedih tak terkata, saat mendengar emak menagis dan memberitahu ayah telah tiada. Apa yang ada dalam fikiran waktu itu adalah memikirkan tanggungjawab yang harus saya pikul sebagai anak yang sulung. "Sungguh berat dugaan yang berikan Ya Allah...namun aku redha dengan segala ketentuan..."








..dan selepas 4 tahun berlalu, dengan kekuatan dan ketabahan kami tempuh, kami sekeluarga meneruskan kehidupan tanpa ayah tercinta...Semoga roh ayah bersemadi dengan tenang di sana.....

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah..Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah...

Sering ku tanya ...Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa Tiada mengizinkan
Perginya Tinggalkan semua

Perjuangan Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali Perginya
Bertemu Ilahi Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Al-Fatehah buat Allayarham Mohd Tarmidi Bin Hassan
(12.04.1951 - 19.09.2006) 

Sabtu, 31 Julai 2010

Saya...aku...

"Saya memang tak pandai..saya juga bukan seorang yang pintar..otak saya agak lemah untuk mengingat sesuatu...saya juga agak lambat untuk faham ape yg saya belajar...tapi saya ada impian..saya ada cita-cita..saya ada matlamat..saya tidak akan mengalah...saya tidak akan putus asa jika saya gagal...nak berjaya kena kuat semangat...Mak cakap bila dah pandai jangan sesekali sombong...mak cakap kalau kita dah pandai jangan kedekut ilmu...tolong kawan yang perlu bantuan..Insyaallah selagi ada daya saya akan cuba yang terbaik untuk diri saya dan orang lain.. Selagi saya boleh membantu org lain saya akan bantu...& ... walauapapun yg terjadi, susah atau senang saya akan terus usaha dan usaha..."


-@tUll Aqma- 

Jumaat, 16 Julai 2010

Bermula kisah baru...

Bermula kisah baru. Bila buka semester berikutnya ramai yang sibuk dan ternanti pendaftaran kursus baru dan modul baru. Begitu juga Aqma yang tak kurang sibuknya. Taknak cerita pasal keputusan yang penting kena terima seadanya dan buat yang terbaik. Untuk semester kali ni Aqma memang tak boleh main-main lagi. Nak jadikan impian jadi kenyataan kena kerja keras.
 
Tadi, dapat parcel dari USM...emmm.."Modul dah sampai...". Rasa takut..takut tak boleh nak bawak subjek yg dipilih...memang sangat berat..tapi nak taknak kena terima dan kerja keras lebih. Insyaallah, Aqma akan cuba yang terbaik. Kepada kawan-kawanku..sama2lah kita ingat mengingati antara satu sama lain...kena kerja kuat dan lebih tekun lagi...Mudah-mudahan segala apa yang diimpikan akan jadi kenyataan...Kalau orang lain boleh buat kita pun boleh juga...Selamat menempuh semester baru kepada rakan-rakan se'belajar'ku....

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru..

Dikesempatan ini aqma ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada cikgu2 SK rambah, kawan2 maktab di Institut bahasa Melayu Malaysia (2001-2003), guru2 SK pekan nanas (1988-1992), guru2 SMK Dato' penggawa Barat, Pontian (1993 - 1998), Matriks KYPM bangi (1999-2000), kawan2 di SK Kepong baru (2004-2007) dan warga pendidik seluruh tanahair dimana anda berada...
 
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu guru..
Budi yang diapung, panggilan keramat...CIKGU... 

Ahad, 9 Mei 2010

Setulus Kasih Buat Ibu...

Ibu,
Tak terbalas pengorbananmu selama ini ibu
tak pernah jemu melayan kerenah anak-anakmu ini...
dengan sabar dan tak putus asa.. 
Ibu yang kami harapkan, ibu yang kami amat perlukan
Setulus kasih akan ku curah buatmu ibu
Tanda kasih & sayang anak-anakmu
Tiada yang lain dapatku beri buatmu ibu...
Doakan kami menjadi anak-anak yang Soleh & Solehah..
Doakan kami menjadi anak bangsa yang cemerlang..
Doakan kami sentiasa tabah mengharungi liku-liku hidup ini...
Ibu, ampunkan segala dosa-dosa kami ibu...
Doa kami moga ibu sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya...Amin...

SELAMAT HARI IBU...buat bonda Adibah Bt. Abu Yamin...
(Al-Fatehah buat Ayahanda tercinta Mohd Tarmidi Bin Hassan.. )

Ahad, 25 April 2010

Buat hatiku...

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus berduri,
Aku minta rama-rama, Dia beri aku beluncas..
Aku sedih dan kecewa..
kemudian, kaktus itu berbunga indah
dan beluncas bertukar menjadi rama-rama yang cantik..
itulah jalan Tuhan..indah...
DIA tak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi DIA beri apa yang kita perlukan...
kadang-kadang... kita sedih dan kecewa,
kita sering merungut...
tetapi sebenarnya DIA sedang mengatur yang terbaik dalam hidup kita..


Selasa, 2 Mac 2010

MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN DAERAH PONTIAN & MUAR

1. Mesyuarat Majlis Pemimpin anjuran Pesuruhjaya Daerah Pontian akan diadakan pada
Tarikh : 03.03.2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat PPD Pontian

2. Mesyuarat Majlis Pemimpin anjuran Pesuruhjaya Daerah Muar akan diadakan pada
Tarikh : 06.03.2010 (Sabtu)DITANGGUHKAN
Masa : 0830 pagi
Tempat: Pejabat PPD Muar

*Tuan Pesuruhjaya Negeri akan hadir mesyuarat tersebut.Diharap semua pemimpin dapat hadir di daerah berkenaan-plnj

Selasa, 5 Januari 2010

Kasih dijunjung....

Salam 1 Malaysia.... 
Pertama sekali kepada guru-guru seluruh Malaysia selamat kembali bertugas dan selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak didik Cg. Aqma. Aqma dan seluruh warga SKR sebenarnya masih berasa sedih dengan kejadian yang menimpa salah seorang daripada murid tahun 2 sekolah kami iaitu Allahyarham adik Mohd Raihan yang kemalangan pada awal cuti persekolahan yang lalu. Allahyarham mengalami cedera teruk di kepala. Tahun ini murid-murid di tahun 3 menyambut awal persekolahan tanpa teman mereka yang sangat periang dan suke berceloteh..(termasuk cg. aqma yang suke menyakat arwah). Dikesempatan ini aqma ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Raihan. Semoga rohnya dicucuri rahmat....
Berita kedua yang juga membuatkan seluruh warga SKR bersedih ialah Guru Besar SKR ditukarkan ke SK Api-Api secara tiba-tiba. Berita yang sangat mengejutkan seluruh warga SKR. Walauapapun seluruh warga SKR akur dengan keputusan yang telah dibuat. Kasih dijunjung buat En. Hasmuni B. Mukibat atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan selama ini. Rasanya banyak lagi ilmu yang belum Aqma peroleh daripada 'Sifu' yang sorang ni. Dulu cg. Hasmuni merupakan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian. Teringat pesan Razak, "cari ilmu sebanyak mungkin daripada 'Sifu'...". Apepun aqma doakan semoga cikgu Hasmuni sukses menjalankan tugas di sekolah baru nanti.                    
 Juga aqma ingin ucapkan salam perpisahan buat GPK1 SKR yang bersara pada 31 Disember 2009, Pn. Hjh. Rokiah Bt. Hj. Bujang dan juga Eddi (PAR SKR) yang mendapat jawatan baru di Majlis Daerah. Jasa mereka takkan dilupakan. Tahun ini SKR mengalami perubahan yang amat besar. Dapat GB baru, GPK1 baru, PAR baru, kerani pun kire baru gak pindah..dua orang guru baru. Apepun aqma doakan segala perubahan ini akan terus memantapkan lagi prestasi SKR sepanjang masa. Aqma akan teruskan aktiviti seperti tahun-tahun lepas dengan cabaran-cabaran yang lebih lagi.
"Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan dalam kenangan"