Selasa, 19 Mei 2009

A moment... teacher's day...2009

Dah dua hari berlalu baru hari ni dapat edit blog. Walaupun penat & letih but still excited to say that...again..again..& again...Happy Teacher's Day...Dah masuk tahun ke-6 menjadi seorang pendidik. Masih terlalu baru lagi. Tanggungjawab ini aku pikul kerana harapan seorang 'Ayah' yang terlalu inginkan anaknya menjadi seorang guru. Memang betul kata orang restu mak & ayah teramat penting dan begitu bermakna. Apepun aku nak ucapkan terima kasih buat keluargaku yang selalu memberi sokongan atas apa yang aku lakukan.
 
Ops!! Sebenarnya nak share tentang Sambutan Hari Guru kelmarin. Emm...Nak cerita mcmane ek...Sebenarnya aku happy sangat sebab dapat buat orang lain gembira. Walaupun dalam majlis tu aku sedikit kalut dan tak tau nak buat ape tapi kengkawan still support & bantu. Terima kasih semua.... Tapi yang best masa majlis tu kitorang buat game 'Tuju Tugu'. Ala..ala..tuju tin ngan baling selipar tulah.....Hahaha..yang ni paling syok...
 
 
Macam-macam aksi, gaya dan gelagat cikgu-cikgu SKR. Puas gelak, ketawa semualah. Sememangnya cikgu2 SKR ni sebenarnya ada bakat terpendam. Boleh jadi JU antarabangsa dah...Ops!! Takleh cakap lebih2..bahaya...Tak puas main mase tu..walaupun ade yang sakit tak kiralah sakit kaki ke ape ke tapi bila dah main lupa terus sakit kaki, sakit perut, sakit hati...Ops!! hehehe...Aku mmg tak tahan gelak tengok cikgu-cikgu tu..termasuk aku gaklah...
 
Satu lagi game ialah pertandingan tarik teh...betul ke? teh tarik ke tarik teh ke tak kisahlah..yang pasti sebenarnya nak tengok buih teh tarik sape paling tinggi..hahaha...nak tau pemenangnya sape..hahaha..cikgu afzan..dia telah mengalahkan tyco tarik teh cikgu baha dan cikgu shah....hahaha..memang best...Pasni kak afzan dah boleh kalahkan mamak As-Salam...hehehe... cayalah!!!

 
Mase tukar-tukar hadiah aku dapat daripa Hani. Nak tau ape hadiahnya? Tengok sendiri pic. kat bawah. Cute sangat...Hari tu kitorang betul2 melantak..sate saja 500 cucuk..lontong kering lagi, kuih2 yang cikgu cikgi bawak lagi...kembung perut. Yang paling best 'Triffle' yang kak afzan buat cedok resepi dari internet..sedap..sedap...
 
Pas rehat ada pulak persembahan daripada anak2 murid. Seronok sangat tengok ulik mayang hani. teringat masa sekolah dulu. At least budak dapat pengalaman baru tentang ulik mayang. Tapi gambar tak snaplah. Video jek ade. Aku pulak latih untuk persembahan murid tahun 3. Ala..ala..'Action Song'. Oklah..ambik mase 3 hari jek latih. tu pun sejam jek. Teringat persembahan oleh cikgu2 mase Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kat Taman Tamadun Islam tu. Seronok dan sangat terhibur.
 
 
Barisan Guru-Guru SK Rambah
Belakang dari kiri : Cg. Laili, Cg. Shuryani, Cg. Aishah, Cg. Afzan, Cg. Aqma, Cg. Nor Lida, Cg. Zaleha, Cg. Nurul Hani
Depan dari kiri : Cg. Badariah, Cg. Azman Cg. Mohd Shahrudidin (GPK KOKO), Cg. Hasmuni (GB), Cg. Baharuddin, Cg. Zawiah (GPK HEM)
Tiada dalam gambar : Cg. Rokiah (GPK 1) & Cg. Zaiton
Apepun yang pasti penghargaan buat semua guru-guru di seluruh malaysia. Keranamu kami berada disini dan semoga semua guru-guru akan terus tabah menghadapi segala kerenah dan cabaran. Selamat Hari Guru.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan