Selasa, 19 Mei 2009

A moment... teacher's day...2009

Dah dua hari berlalu baru hari ni dapat edit blog. Walaupun penat & letih but still excited to say that...again..again..& again...Happy Teacher's Day...Dah masuk tahun ke-6 menjadi seorang pendidik. Masih terlalu baru lagi. Tanggungjawab ini aku pikul kerana harapan seorang 'Ayah' yang terlalu inginkan anaknya menjadi seorang guru. Memang betul kata orang restu mak & ayah teramat penting dan begitu bermakna. Apepun aku nak ucapkan terima kasih buat keluargaku yang selalu memberi sokongan atas apa yang aku lakukan.
 
Ops!! Sebenarnya nak share tentang Sambutan Hari Guru kelmarin. Emm...Nak cerita mcmane ek...Sebenarnya aku happy sangat sebab dapat buat orang lain gembira. Walaupun dalam majlis tu aku sedikit kalut dan tak tau nak buat ape tapi kengkawan still support & bantu. Terima kasih semua.... Tapi yang best masa majlis tu kitorang buat game 'Tuju Tugu'. Ala..ala..tuju tin ngan baling selipar tulah.....Hahaha..yang ni paling syok...
 
 
Macam-macam aksi, gaya dan gelagat cikgu-cikgu SKR. Puas gelak, ketawa semualah. Sememangnya cikgu2 SKR ni sebenarnya ada bakat terpendam. Boleh jadi JU antarabangsa dah...Ops!! Takleh cakap lebih2..bahaya...Tak puas main mase tu..walaupun ade yang sakit tak kiralah sakit kaki ke ape ke tapi bila dah main lupa terus sakit kaki, sakit perut, sakit hati...Ops!! hehehe...Aku mmg tak tahan gelak tengok cikgu-cikgu tu..termasuk aku gaklah...
 
Satu lagi game ialah pertandingan tarik teh...betul ke? teh tarik ke tarik teh ke tak kisahlah..yang pasti sebenarnya nak tengok buih teh tarik sape paling tinggi..hahaha...nak tau pemenangnya sape..hahaha..cikgu afzan..dia telah mengalahkan tyco tarik teh cikgu baha dan cikgu shah....hahaha..memang best...Pasni kak afzan dah boleh kalahkan mamak As-Salam...hehehe... cayalah!!!

 
Mase tukar-tukar hadiah aku dapat daripa Hani. Nak tau ape hadiahnya? Tengok sendiri pic. kat bawah. Cute sangat...Hari tu kitorang betul2 melantak..sate saja 500 cucuk..lontong kering lagi, kuih2 yang cikgu cikgi bawak lagi...kembung perut. Yang paling best 'Triffle' yang kak afzan buat cedok resepi dari internet..sedap..sedap...
 
Pas rehat ada pulak persembahan daripada anak2 murid. Seronok sangat tengok ulik mayang hani. teringat masa sekolah dulu. At least budak dapat pengalaman baru tentang ulik mayang. Tapi gambar tak snaplah. Video jek ade. Aku pulak latih untuk persembahan murid tahun 3. Ala..ala..'Action Song'. Oklah..ambik mase 3 hari jek latih. tu pun sejam jek. Teringat persembahan oleh cikgu2 mase Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kat Taman Tamadun Islam tu. Seronok dan sangat terhibur.
 
 
Barisan Guru-Guru SK Rambah
Belakang dari kiri : Cg. Laili, Cg. Shuryani, Cg. Aishah, Cg. Afzan, Cg. Aqma, Cg. Nor Lida, Cg. Zaleha, Cg. Nurul Hani
Depan dari kiri : Cg. Badariah, Cg. Azman Cg. Mohd Shahrudidin (GPK KOKO), Cg. Hasmuni (GB), Cg. Baharuddin, Cg. Zawiah (GPK HEM)
Tiada dalam gambar : Cg. Rokiah (GPK 1) & Cg. Zaiton
Apepun yang pasti penghargaan buat semua guru-guru di seluruh malaysia. Keranamu kami berada disini dan semoga semua guru-guru akan terus tabah menghadapi segala kerenah dan cabaran. Selamat Hari Guru.....

Khamis, 7 Mei 2009

PERTANDINGAN BORIA ANTIDADAH 2009

Salam.....
6 Mei 2009, semalam, SKR menghantar pasukan Boria sekolah. Tahun ni adalah tahun kedua SKR hantar pasukan Boria. Tahun lepas SKR hantar pasukan lelaki tapi tahun ni tukar kepada perempuan pulak. Terima kasih kepada 'seseorang' yang bg support dalam mengendalikan pasukan boria ni. Terima kasih kepada pihak sekolah terutama 'My Boss' yang sentiasa memberi galakkan untuk menyertai ape2 jek pertandingan. Pertandingan diadakan di Dewan Ayer Baloi.
Sebenarnya aku rasa agak kecewa dan terkilan dengan pengurusan yang dibuat. Banyak yang menggeramkan. PA system yang ...tahlah..tak tau nak cakap. Tahun lepas walaupun tempat tak best tapi system audio yang complete. Tapi tahun ramai guru pengiring yang complain. Dengan keadaan dewan yang panas. Tah nape tah...Pastu sepatutnya SKR giliran kedua tapi SKR dipaksa untuk menjadi peserta pertama buat persembahan sebab kumpulan pertama tak bersedia. Tah pape..alasan semua tuh...Nak bangkang?? ..sapelah kita ni kan? Geram betul.!!!!! Tapi apepun aku nak ucapkan TAHNIAH kepada pasukan sekolah kerana mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Boria Peringkat Daerah Pontian. Kesian aku tengok anak murid aku. Nampak tertekan masa buat persembahan. Tambah pulak PA system yang huru hara...Takpelah....Janji dapat gak tempat...Aku juga nak ucapkan Tahniah juga kepada SK Serkat kerana menjadi Johan berturut2 beberapa tahun ni. Tahun ni Serkat menang lagi. Insyaallah..SKR jg akan buat yang terbaik untuk tahun hadapan.

Rabu, 6 Mei 2009

Johor-Perak-Kedah-Perlis-Penang....

Dah berape hari tak update blog. Minggu ni sibuk sangat. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua yang bekerja.
Cuti Hari Bekerja baru ni aku ambil peluang bersama keluarga berjalan ke Kedah. Kebetulan adik aku di UUM cuti dan alang-alang ambik dia sekali. Kitorang 'chek-in' kat hotel Kamunting Perak tepat jam 5.30 pagi. Huhuhu hotel penuh. Mujur ada lagi. Kami bertolak ke Kedah labih kurang pukul 11 pagi. Adik aku dah bising sebab tak sampai lagi. Maklumlah tak sabar nak balik. Lebih kurang jam 2 petang kami sampai di UUM. Destinasi berikutnya adalah Padang Besar..Hahaha..tau2 jelah kalau dah sampai padang besar tu. Macam-macam ada...dapatlah aku beli beg anyam & sikit ole-ole untuk orang Johor. Penat se....
Pukul 6 gerak balik tapi singgah Penang dulu. Lama sangat tak pi Penang. Mak ngan adik2 aku tak pernah naik feri jadi aku ajak naik feri. Adik aku ajak makan 'pasemboq' kat Padang Kota. Mujur aku ingat jalan. Dekat kul 9 gak baru balik semula ke Kamunting. Keesokannya member adik ajak makan kat rumah dia kat Kg. Dew, Kamunting. Lauk speacial beb..'Udang Galah'. Hahaha...Kalau nak tau kat kawasan tu memang senang nak dapat udang galah..dan kawan dia ni gak ada kilang Arang. Dapatlah aku tengok proses nak buat arang. Bukan senang....
Family member adik aku nih mesra sangat dan diorang hidangkan lauk pauk yang membuatkan aku tak jadi nak diet...hahaha....Fuh!! Sehingga menjilat jari...hahaha...Kekenyangan..Petang tu gak adik aku ajak pi makan 'Mee Banjir' Mak Teh kat Kuala Sepetang. Alaa..yang masuk TV3 tu...Tapi hampa...ramai sungguh..macam kenduri kahwin..Jawabnya makan kat tempat lainlah..Tempat lain pun sama ramai. Sejak keluar TV Kuala Sepetang menjadi tujuan utama masyarakat yang kebanyakannya dari Penang dan Perak. Dari tempat lain pun ade. Macam kitorang ni..... Dapat gaklah makan Mee Udang tapi Mee Udang Mak Jah lah.
Semangkuk Mee Udang speacial berharga RM 12.00. Huhuhu...mee sikit udang jangan cakaplah kan. Kembung perut makan banyak sangat hari tuh. Balik singgah pulak pasar malam Kamunting. Tak beli pape..saje jenjalan. Penatnya....Esoknya kul 6 pagi kami dah bertolak balik. Sebab nak sampai Johor sebelum malam. Penat sangat...dari Selatan ke Utara. Walaupun penat tapi aku puas dapat pergi tempat yang aku suka sangat pergi. Tempat apa? Hahaha..Rahsia....