Tahun Baru Datang Lagi…..
SELAMAT TAHUN BARU….Tahun baru datang lagi….perancangannnya macam-macam nak buat. Mudah-mudahan tahun ini ade banyak perubahan yang berlaku. Makin seronok bekerja…macam-macam pengalaman….hahaha…seronok sangat ngaja kat situ…sesuatu yang berbeza seperti di sekolah sebelum ini..banyak suka duka mase kat sekolah dulu…tapi walauapepun aku rindu saat bersama teman-teman di kepong dulu…miss u all so much. Kat sanalah mula2 aku belajar erti kesusahan. Walaupun banyak perkara yang sedih berlaku tapi aku tetap kuatkan semangat. So, now i’m here….bukan kat KL lagi…sudah ada di kampung sendiri…hehehe…bestnye…seronok..seronok…
Ulangtahun ke 5 dalam dunia pendidikan banyak memberi kenangan dalam hidup aku. Semua ilmu yang aku dapat masih belum cukup lagi. Rasanya banyak lagi impian yang belum aku capai. aku berharap tahun ini aku akan dapat sambung belaja. Aku tengah tggu keputusan masuk ke USM. Mudah2an semuanya akan tercapai.
Syukur alhamdulillah, dalam menempuh khidupan tanpa ayahanda tercinta walaupun sedih dengan pemergian orang yang tersayang aku telah belajar sesuatu yang amat bermakna. dan mungkin jg orang lain tak dapat rasa apa yang aku rasa. Sebagai anak sulung sudah menjadi tanggungjwb seorang kakak untuk membantu keluarga. Dari situlah ikatan kekeluargaan kami bertambah erat…"Ayah, kalaulah ayah ada saat ini ayah pasti gembira melihat semua perubahan yang berlaku dalam keluarga kita…maaf kan kami kerana tak dapat menunaikan segala impian ayah waktu hayat ayah dulu…." Semoga roh ayah akan dicucuri dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman…aminnn…
Walauapapun yang terjadi aku akan teruskan perjuangan bersama ibu dan adik2 tercinta. Semoga tahun 2009 adalah tahun yang bermakna buat aku…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan