Salam gemilang buat semua yang membaca. 15 November lalu aku terlibat dan hadir ke Jambori Antarabangsa Johor ke 24 di tanjung Labuh Batu pahat. Budak-budak aku beria-ia ajak aku pergi. walaupun last minute diberitahu aku usahakan jugaklah bawak diorang. Dengan sokongan sahabat aku Razak, aku pun pergilah juga. Kesian pulak aku tgk budak2 tu.
Sabtu, 15 Nov ‘08 Jam – pagi tu aku hantar budak-budak aku kat PPD Pontian. Rupa2nya budak-budak aku jek wakil sek rendah untuk kontigen pontian. Hahaha…budak2 tu dh berdebar…takut dibuli…tapi ternyata diorang cukup seronok menyertai Jambori. satu pengalaman baru bagi mereka…bdk2 tu baru darjah 5. tp dek kerana semangat diorang yang tinggi walaupun diorang kecik budak2 aku dapat laksanakan aktiviti dengan sempurna. suke diorang…cikgunye ape lagi…Kat sana ade dibina sebuah Menara Khas untuk perasmian JAJ2008.
Salah sorang tenaga kerja yang membinanya adalah kawan baik aku Razak. Bangga tul aku bile tgk die duk kat menara setinggi 40.8 meter…."Gayat makcik…" Apepun aku bangga dengan kawan aku yang sorang ni…semangat & sokongan dia yang membuatkan aku terlibat dengan aktiviti yang bagus ini. For u my Ajak, may your dreams comes true…
Sambung lagi cerita menara yang dibina semasa Jambori tersebut diberi nama "Menara Pengakap Tanjong Laboh". Menara itu berfungsi sebagai menara peninjau dan dijadikan mercu tanda jambori serta gimik perasmian pembukaan dan penutup Jambori Antarabangsa Johor ke-24 Tahun 2008. Disiapkan dalam tempoh 26 hari sahaja iaitu pada 20 Oktober 2008. 100% Original hand Made tau…Menara Jambori tersebut didirikan dengan tenaga kerja lebih kurang 15 orang krew kelana Kem Negeri Johor (termasuklah member aku tu..)..Didirikan dengan ketinggian 40.8 meter dari tanah, lebar 6.09 meter dan panjang 27.43. Bahan yang digunakan adalah lebih kurang 3,000 batang buluh dan tali lebih kurang 300 kilogram..Mak oii..banyak tu..bayangkan….Kos perbelanjaan sebanyak RM25,000.00 jer..huhuhu… Model Menara Pengakap Tanjung Laboh ini telah dipersembahkan dan dirasmikan olehDYAM Tengku mahkota Johor
Jambori ini berlangsung selama 5 hari. Pelbagai aktiviti dan ragam sepanjang Jambori ini berlangsung…seronok…peserta dari negara luar juga hadir menyertai jambori ini. Anataranya Singapura, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Turut tidak ketinggalan peserta-peserta dari seluruh semenanjung Malaysia, sabah dan sarawak. Jambori berakhir dengan begitu meriah sekali. dan persahabatan yang terjalin akan terus kekal. kepada semua marilah sertai Jambori akan datang pada tahun 2010…kejap jek tu…tak lame dah. pejam celik dh tibe mase…sekian sahaja disini…..salam gemilang buat semua….