Khamis, 15 September 2011

AQMA kembali...

Assalamualaikum w.b.t


Salam 1 Malaysia, selamat hari raya, selamat menyambut hari merdeka, selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warga Malaysia tak kira dimana anda berada. Aqma kembali lagi setelah lama meninggalkan dunia berbloging. Haish!! Rasa janggal pulak nak bercerita...dan sebenarnya tak tau nak mula dari mana. Agak setahun juga meninggalkan kegiatan ni...tapi takpelah..samada ada org yang membaca ataupun tidak Aqma cuba akan meneruskannya jua...


Info terkini semalam aqma dapat berita tentang Tawaran Kenaikan Time Based KUP untuk gred DG29 calon posting 2004...emm...berita yang sangat menarik...heheh...tak sabar dh nak naik gred baru...syukur alhamdulillah sepanjang hampir 8 thn mengaja macam2 perkara yang berlaku yang banyak mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan...walaupun ada yang sukar namun saya harus kuatkan semangat. Yang pasti kisah sedih dulu2 tu tak mau ingat dah... mudah2an ada yang memahami dan ada yang membantu..ada yang sentiasa meberikan semangat...Insyaallah selagi hayat dikandung badan selagi itu saya akan terus berbakti pada anak bangsa....hehehe...bersemangat sungguh...okies...jumpa lagi....

Ahad, 11 September 2011

Mari Membina BBM...

Assalamualaikum.w.b.t.... dan Salam 1 Malaysia
Lame sudah saya tidak menjenguk blog ni...bukan lupa tapi tak ingat..heheh... Sebenarnya sekarang ni agak sibuk dengan tugas-tugas di sekolah yang..emm..macam-macam... Sudah menjadi tanggungjawab seorang pendidik bukan sahaja memainkan peranan mengajar, mendidik muriid-murid malah perlu melaksanakan tugas-tugas lain yang sememangnya untuk kecemerlangan anak-anak murid kita juga..kan..kan...heheh...Bila dah lama tak ber'Bloging' timbul pula rasa rindu. Jadi malam ni saya luangkan masa untuk berkongsi beberapa perkara sepanjang tidak berbloging ni.


Aktiviti terbaru Cikgu Aqma.....
Fokus utama saya sekarang adalah murid LINUS TEGAR dan LINUS. Mengajar murid LINUS ni sama sahaja dengan murid pemulihan. Matlamatnya, untuk hapuskan masalah 3M dikalangan murid-murid sekolah rendah. Sejak program ini dijalankan bertambah sibuklah nampaknya saya dan semua guru-guru LINUS seluruh Malaysia....maklumlah program NKRA, program besar negara..dan sepanjang itu juga saya cuba mempersiapkan diri dan juga kelas dengan mempelbagaikan bahan-bahan tambahan untuk mengajar. Jadi, dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa perkara dengan semua cikgu2 yang terbaca blog ni.


Bermula dari Facebook, saya telah terjumpa satu laman kumpulan yang sangat memberi manfaat kepada saya dan semua guru-guru terutama guru-guru yang mengajar tahap 1, guru pra sekolah dan guru pemulihanlah macam saya. Kumpulan tersebut yang diberi nama'Preschool Shoppe'. Laman facebook tersebut bertujuan untuk guru-guru dari seluruh Malaysia berkongsi bahan-bahan bantu mengajar yang sangat menarik. Bukan semua mereka tahu dan kreatif membuat bahan jadi dari situlah mereka mengorak langkah membuat perubahan pada diri untuk rajin membina bahan sendiri. Bahan yang dihasilkan lebih kepada penggunaan ICT. Cikgu-cikgu yang rajin melayari dan mencari 'clipart' akan berjaya menghasilkan kad-kad bacaan yang sangat cantik. dan hasilnya....aduhai sangatlah cantik...inisiatif kedua selain menghasilkan bahan dengan cara 'Handmade'..kadangkala bahan itu tidak memuaskan. Tetapi cara yang ini lebih menarik rasanya 'Handmade +ICT'..gitulah kot...hahaha..



Inisiatif guru-guru yang sangat berhasil membuatkan saya 'Gila membina bahan'..hehehe....dan hasilnya ....SAYA SANGAT SUKA.....dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi bahan-bahan yang saya bina sendiri. Jadi pada guru-guru yang masih belum menyertai bolehlah berbuat demikian dengan melawati laman tersebut....seronok..sama-sama berkongsi idea dan bahan yang sangat cantik...Oleh itu apa tunggu lagi...silakan melawat...ok sampai disini dahulu..sampai jumpa lagi...