Jumaat, 14 Januari 2011

Salam 1 Malaysia...
Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.... Agak malas sejak akhir2 ni nak update blog. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Tambahan pula sekarang ni aku tengah MC..huhuhu..sebab sakit mata..huhuu...baru nak masuk minggu kedua bertugas dah kena sakit mata. Apa boleh buat... trima seadanya. Masuk hari ke-3 dah MC.. 2 hari MC kerajaan , 1 hari MC swasta. sehari sebelum MC ialah hari cuti Hol Al Marhum Sultan Johor. Pastu terus sambung cuti sbb sakit mata sampalah hari ni... kirenye 1 hari jelah aku bertugas..hehehe...cuti mmg best tp sakit...huhuhu..


Oklah, sebenarnya untuk tahun baru ni aku harap aku dapat buka lembaran baru dalam kehidupan aku sepanjang hampir 30 tahun ni. Pejam celik aku rasa bersyukur dengan kehidupan aku dulu & kini. Sepanjang masa & waktu hidup aku sentiasa dikelilingin insan-insan yang sangat baik dan sentiasa berada di samping aku tatkala aku dilanda masalah. Walaupun hakikat kehidupan aku kini tanpa ayah, namun aku dapat lalui semuanya berbekalkan ketabahan. Aku anggap setiap liku yang aku lalui aku jadikan sebagai panduan dan iktibar untuk aku teruskan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar ni. Bukan semua org dapat lalui apa yang aku rasa sepanjang hidup ini. Pahit manis yang aku lalui selama ini akan terus tersemat dalam hati. Mudah2an aku akan terus menjadi insan yang paling tabah dan beroleh kebahagian seperti insan lain insyaallah….


Tugasku di sekolah tahun ini agak sedikit mencabar.. Menjadi guru Pemulihan Khas  sememangnya tugasku sejak dilantik sebagai PPPLD, tahun ni aku diberi tanggungjawab memegang guruSPBT..huhuuhu..mmg mencabar…kekal sbg penyelaras koko..huhuu..dan ape lagi ek…yg lain macam biasa je… Aku harap aku dapat laksanakan tugas dengan sebaik mungkin..lebih baik dr tahun lalu dan semoga aku sukses dalam pelajaran…bln 4 dh tak lama..bermakna final pun dah nak dekat..hehehe…buat sahabat2ku pjjusm all the best….belajar jangan belajar…sampai disini dulu ek! hehehe