Jumaat, 31 Disember 2010

Family Day...


Cuti sekolah ni memang penuh jadualku. Mana taknya habis kelas Intensif USM sibuk pula dengan family day. Sebenarnya aku memang menunggu-nunggu saat ni. Saat yang dinantikan tiba jua akhirnya. Pertama kali keluarga sebelah arwah ayah mengadakan hari keluarga yang diadakan di D' Punggai Chalet, Teluk Ramunia. Tempahan dah dibuat seawal 2 bulan. Survey chalet, cari tempat yg paling best dan akhirnya kami pilih D'Punggai Chalet sebagai tempat untuk mengadakan 'Family Day'. Akhirnya, impian nak mengadakan hari keluarga ini terlaksana.



25 Dis/9.45 pagi - Bertolak dari rumah menuju ke Teluk Ramunia (agak lambat sikit sebab siapkan ayam untuk BBQ malam). Kami sekeluarga melalui jalan Gunung Pulai-Kulai-Kota Tinggi-Teluk Ramunia. Kami tiba dalam jam 12.00 tengahari. Perjalanan agak perlahan sebab banyak kenderaan yang menuju ke Desaru. Maklumlah hari cuti (Krismas mase tu) ramailah yang sibuk kesana ke sani untuk berkumpul bersama keluarga. Oklah, kami sampai di chalet dan disambut dengan pengumuman dari cikalim yang kami dah sampai (mentang2 kami sampai lambat saje je bikin announcement..malu..malu..) padahal ade lagi sebenarnya yang belum sampai. Dapat t-shirt terus tukar baju & perut pun sudah lapar kami pun melantaklah dulu.

2.00 ptg - Acara dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ciknab sebagai Penaung Generasi Hj. Hassan & Hjh. Asiah dan sedikit kata putus mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pastu kami laksanakan sesi bergambar mengikut generasi...cucu, anak sedara..pastu makcik&pakcik...macam2 gelagat...sememangnya keluarga kami mmg ceria dengan gelak ketawa. Sayang, adik aku yana tak dapat balik. Kalau dia ade mesti lagi kecoh dibuatnya.

4.30 ptg - Pada sebelah petang acara diteruskan dengan sukaneka. Acara yang sangat2 best dan kelakar. Lucu melihat gelagat makcik2 dan sepupu yang terlibat dengan acara. macam2 ragam. Antara acara yang dijalankan ialah 'Kingkong Walk', Bowling kelapa, lari dalam guni, bawa bola dlm sudu, baling belon..emm...macam2 lagilah...


6.00 ptg - operasi terjah laut..huhuu...dh lame benar tak mandi laut..ape lagi tanpa buang mase aku dan sepupu2 semua terus terjun laut...uwahahhaha!!!sangat best...ptg tu ramai pengunjung2 punggai..ade yang berkhemah lagi..emm..syok nih kalau dpt cmping. balik nih comfirm aku bagitau kat budak2 kelana tentang Punggai. Emak paling risau bila aku sebut nak mandi laut. Sebenarnya beliau tak bagi...tapi aku yakinkan emak yang aku akan jaga diri. Ish..mane leh tahan..tgk kazen2 aku jek mandi laut...huhuhu...akhirnya pas kebenaran diperoleh..hehehe...

8.30 mlm - acara diteruskan dgn BBQ & karaoke oleh semua ahli keluarga. Maka berkaraokelah kami2 smua sehingga pukul 11.30 mlm. Yang plg best sepupu2 aku ajak wat poco2..hahhaha..biasalah otainye aku & Emil..gasak! Leh tahan gak diorg nih..baru belajar tp terus dpt wat..cpt diorg belaja..lps poco2, chicken dance plak..pastu berzapin plak...pas zapin dangdut pulak..gasak!Tapi yang pasti malam tu mmg best dan sangat2 best....


8.00pg - disebabkan kepenatan yg teramat sgt akibat berpoco2 mlm semua aktiviti senam pg yg sepaptutnye aku kendali tak jadi..sbb aku terlewat bgn..hehehe..ampun!! Sudahnya aku terus sarapan pagi jelah..heheh...Pg tu kami wat sesi permainan jek...macam2 gelagat makcik2 & pakcik2 aku tu...aku tak larat nak ketawa sbb diorg asyik buat lawak..huhuhu...

11.00 pg - acara penutup & penyampaian hadiah untuk pemenang2 pertandingan. Tahniah buat sepu2ku dan makcik2ku yg menang hadiah pertandinga..heheh...terima kasih juga pada yg bg sponsor semua...mmg best dan tak sia2 buat program nih..insyaallah thn dpn kita buat kat tmpat yang lagi best. pas hbs makan, sesi bergambar terakhir sblm pulang ke rumah masing2.

Terasa seronok sangat dpt berkumpul beramai2..alhamdulillah semuanya telah selamat..mudah2an thn dpn dpt kumpyl lagi dan buat aktiviti yg lg best..mudah2an..terima kasih buat makcik2 & pakcik2ku..terima kasih juga buat sepupu2ku..terima kasih buat semua...aku sayang mereka..teramat sayang..kalau ayah masih ada pasti ayah pun gembira..

Isnin, 20 Disember 2010

Gembira pulang tapi sedih meninggalkan

"Beratnya rasa hati nak melangkah pergi…"..heheh…antara baris lirik lagu Kerana Terluka ~ Nurul. Tapi bukan sebab terluka tapi sedih nak meninggalkan USM. Jauh disudut hati walaupun gembira dan rindu sangat nak balik kampung tapi sebenarnya aku sedih nak tinggalkan USM. Setahun lagilah nampaknya baru dapat pergi sana dan jumpa kawan-kawan. Rindu kat diorang semua….terasa sangat. Tapi sedapkan hati kerana ilmu aku kesana.





Alhamdulillah, aku rasa bersyukur dikurniakan kawan2 yang sangat memahami dan ‘sporting’. Sentiasa memberi semangat yang tak putus2 untuk terus berjaya. Masa yang kami luangkan bersama amat2 bermakna. Terima kasih kwn2….Mudah2an kita berjumpa lagi tahun depan. Korang sangat sweetttttt 
Miss u all alwiz….




Selasa, 14 Disember 2010

Lagu Teman ~ The lion StoRy Ft Zahidah



Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan
  
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu










Terima kasih buat teman2 yg sentiasa berada disamping saya ,
berkongsi suka duka tawa...apa yg penting
SAYANG KAMO..KAMO!!