Selasa, 23 November 2010

e-penyata gaji

Salam...
Makluman kepada semua penjawat awam/kakitangan awam, bermula bulan Oktober 2010 slip gaji tidak akan diedarkan seperti biasa. Semua penjawat / kakitangan awam dikehendaki muat turun dan mencetak sendiri Penyata Pendapatan tahunan dan slip gaji bulanan dalam laman web ANM. Untuk melayari laman tersebut semua penjawat / kakitangan awam dikehendaki melayari :

1) Jabatan Akauntan Negara (klik sini)
atau 
2) e-penyatagaji (klik sini)



Selepas ni mesti ada cerita-cerita yang best dan yang tak best dari sape2 yang menjawat jawatan awam dek kerana e-penyata ini. Apepun, sebagai rakyat Malaysia kita kena menerima setiap perubahan dengan positif. Selamat melayari..... 

Jumaat, 12 November 2010

UPSR 2010

Salam...
Akhir-akhir ini aqma agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah dan juga assignment yang perlu disiapkan. Tambahan pula cuti sekolah hampir tiba 2 minggu lagi. Maka blog Kisahkaseh ni memang dah lama tidak ber'update'. Hari ini tergerak hati ni untuk update blog yang dah mula bersawang ni...heheheh...




Sebenarnya hari ini seluruh negara meraikan kecemerlangan murid-murid yang cemerlang dengan keputusan UPSR 2010 yang diumumkan siang tadi. Awal pagi Aqma dapat lihat wajah kerisauan cikgu-cikgu serta anak-anak SKR yang menunggu keputusan tiba. Alhamdulillah berkat kesungguhan cikgu-cikgu yang mengajar tahun 6 dan murid-murid tahun 6 sendiri, seramai 8 orang mendapat keputusan 5A, 5 orang mendapat 4A 1B dam seorang mendapat 3A 2B. Tahniah buat murid-murid SKR yang telah berjaya. Sekali lagi SKR mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Hadiah buat En. Samid (Guru Besar SKR) yang kini sedang terlantar sakit. Doa kami mudah-mudahan En. Samid cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa.





Jelas terpancar di wajah mereka dengan keputusan yang diperoleh terutama cikgu2 yang mengajar tahun 6, Hani, Kakbib, kakafzan dan cg. baha. Aqma juga rasa teramat bangga dengan keputusan tersebut. Dan yang paling membuatkan Aqma gembira adalah anak-anak murid di kelas Pemulihan Aqma lulus matapelajaran BM dan Mathematics bagi peperiksaan akhir tahun 2010. Satu kepuasan mengajar mereka sehingga mereka dapat menulis dan mengira seperti murid-murid lain. Dan Aqma juga akan pastikan yang mereka juga akan mendapat keputusan UPSR yang baik akan datang, Insyaallah. Oklah sampai disini dahulu...dada!!!