Jumaat, 25 Disember 2009

VT..???!!???

Salam 1 Malaysia...
Hari ini Aqma ingin cuba luangkan sedikit perkongsian tentang 'sesuatu' dengan para pengikut blog ini. Emm..tentang apa ek? 3 minggu yang lalu semasa Aqma berada di USM Aqma terpandang satu buku yang bertajuk 'VT'...emm..macam best jek..Haida mencadangkan supaya Aqma membaca buku tersebut. Haida cakap isi kandungan buku tu sangat bermotivasi...eh!betul ke ayat nih...Dengan tidak berfikir panjang Aqma pun belilah buku tersebut dengan harga RM 25.00. Beria-ia haida mengatakan bahawa buku itu sangat seronok dibaca.
 
 
 
'VT' adalah sebuah novel remaja hasil tulisan Hilal Asyraf penulis muda yang berasal dari JOhor. VT merupakan karya yang sangat unik dan sangat memberi kesan pada sesiapa yang membaca. Novel yang menggalas misi, yang menyuntik nilai islam dan menjanjikan kepuasan yang seimbang dari segi jalan cerita, moral cerita dan motivasi kepada sesiapa yang membacanya. Aqma taknak ceritalah jalan cerita dia. Nanti tak syok plak. Rasanya novel ni dah lama dah di pasaran. Cuma Aqma yang agak ketinggalan. Apapun novel ni sangat membuka mata Aqma untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang Aqma impikan. Mudah-mudahan apa yang diimpikan akan jadi kenyataan. InsyaAllah. Sampai jumpa kembali...

Isnin, 7 Disember 2009

kelas Intensif telah bermula.....

Salam buat semua. Cuti sekolah telah lama bermula. Aqma pun dah mula masuk kelas kat USM. Pertama kali masuk intensive class sangat teruja dan penat tuh! Bayangkan terpaksa berjalan kaki dalam USM ni hari-hari. Nak gi periksa jauhnye. Tapi dapatlah merasa camne berulang-alik gi kelaS cam budak2 full time. Sekarang nih Aqma masih berada di USM, berada di sini selama 3 minggu. Seminggu telah berlalu dan dua peperiksaan telah dilalui. Kelas juga dah attend. Seluruh pelusuk penang pun aqma dah jelajah. Ada kamal, adi & Haida memang menghiburkan. Tambah jumpa kawan-kawan yang sekepala lain. Dapat jumpe kawan masa sekolah lama. Sangat seronok. Belajar pun tak tension. Mudah2an aqma dapat belajar dengan baik. Tadi dah lepas ORAL English..Dah boleh relaks sikit & fikir perkara lain. Rabu ni exam Kimia so, pasni kena start to do revision. Doakan aqma dapat jawab periksa ek kawan-kawan..hehehe..Ada dua minggu lagi. Ramai yang dah mula demam & sakit. Termasuk roommate, kesian kat diorang. Mudah2an diorang cepat sembuh dan dapat menjalani kelas dengan baik. Oklah cukup sampai disini. Nantikan entry seterusnya. Banyak lagi nih nak cerita. Emmm...ape cerita agaknya anak-anak didik Cg. Aqma ek...ngah buat ape agaknya sekarang??